Wednesday, June 08, 2016

Ambil Untung Berlebihan Punca Harga Mahal Di Pasar Tani, Pasar Malam

https://mixzan.files.wordpress.com/2011/03/img_0773.jpg
SEREMBAN : Pengambilan untung berlebihan dalam kalangan segelintir penjaja pasar malam dan pasar tani menyebabkan harga barangan mereka lebih mahal daripada pasar raya.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata sepatutnya tiada alasan untuk golongan peniaga ini menjual barangan mereka pada harga yang tinggi kerana mereka tidak perlu membayar cukai pintu dan sebagainya berbanding kedai fisikal.

“Tetapi hari ini kalau dilihat (harga barang) di pasar besar lebih murah daripada pasar gerai-gerai,” katanya di sini hari ini.

Mohamad berkata bagaimanapun kuasa memilih terletak di tangan pengguna dan terpulang kepada mereka untuk menggunakan kebijaksanaan dalam memilih barangan yang tidak melampau harganya.

“Selain itu, pengguna juga mempunyai kuasa untuk menilai tahap kebersihan mana-mana kedai.

“Kebanyakan kedai tomyam ditutup dan diambil tindakan oleh Jabatan kesihatan, pihak berkuasa tempatan termasuk Jabatan Agama jika didapati tahap kebersihan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan,” katanya.

Beliau turut mengingatkan agar peniaga bazaar Ramadan tidak menjual makanan pada harga yang tinggi.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment