Monday, June 06, 2016
Guan Eng Marah Bila Hadi Awang Kutuk PAN
DAP menyokong AMANAH pada PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar kerana ia
adalah rakan sekutu dalam Pakatan Harapan, kata Setiausaha Agung DAP,
Lim Guan Eng.
“Kita sokong parti AMANAH sebagai rakan seperjuangan dalam Pakatan
Harapan. Apa salahnya kalau kita (DAP) sokong calon parti AMANAH.
“Satu tuduhan melulu kalau nak sebut kita ada agenda tertentu,” katanya kepada media.
Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mengulas kenyataan Presiden
PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa DAP menyokong calon
AMANAH dalam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar kerana parti itu
mempunyai agenda seperti menghalang perjuangan Islam yang dibawakan PAS.
Abdul Hadi berkata, tindakan AMANAH bertanding dalam kedua-dua PRK itu
hanya untuk memecahkan undi yang sepatutnya diterima calon pembangkang.
Guan Eng berkata, DAP dan AMANAH mempunyai matlamat dan agenda sama, iaitu menentang BN.
PRK Kuala Kangsar menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon
BN, Datin Mastura Mohd Yazid; Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr
Najihatussalehah Ahmad; Naib Ketua AMANAH kawasan Kuala Kangsar, Prof Dr
Ahmad Termizi Ramli dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.
PRK Sungai Besar pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon
BN, iaitu ADUN Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi; calon PAS diwakili
ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman dan Pengerusi AMANAH Sungai Besar, Azhar
Abdul Shukur.
Kedua-dua PRK diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan
Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas
helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment