Monday, June 06, 2016
Dr. Mahathir Dicabar Ulangi Tuduhan Semasa Kempen
Tun Dr. Mahathir Mohamad dicabar untuk mengulangi
tuduhan tidak berasasnya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak semasa berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai
Besar dan Parlimen Kuala Kangsar.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak
berkata, bekas Perdana Menteri itu kini terpaksa mengitar semula dakwaan
yang cuba mengaitkan Najib dengan isu 1Malaysia Development Berhad
(1MDB).
Menurut beliau, Dr. Mahathir terpaksa berbuat demikian bagi mengelak
daripada menjawab tentang isu 1.2 juta tandatangan palsu dalam
deklarasi bagi menjatuhkan Perdana Menteri.
“Sekiranya Dr. Mahathir enggan mengulangi tuduhan tersebut semasa
berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, beliau perlu meminta maaf,”
katanya dalam kenyataan melalui laman blog beliau
(http://sskeruak.blogspot.my) hari ini.
Dr. Mahathir masih menggunakan isu sama untuk menyerang Perdana
Menteri walaupun Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali,
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Wall Street Journal (WSJ)
mengesahkan tiada penyelewengan atau salah laku dalam 1MDB.
Sementara itu, Salleh berpandangan, isu pembentangan Rang
Undang-undang Mahkamah Syariah (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat
menyebabkan PAN berada dalam keadaan ‘terkepit’.
Beliau memberitahu, PAN tidak boleh mengisytiharkan secara terbuka
sama ada parti tersebut menyokong atau membantah rang undang-undang ahli
persendirian yang dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang itu.
“PAN cuba mengelak daripada membangkitkan isu rang undang-undang
berkenaan semasa berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” jelasnya.
Salleh berkata, PAN tidak boleh menyatakan pendirian sebenarnya dalam
isu tersebut kerana parti itu memerlukan undi kaum Cina dan orang
Melayu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment