Wednesday, June 08, 2016
Tiada Permit, Ceramah Amanah Diarah Tamat Awal
SEKINCHAN : Ceramah Pakatan Harapan pada malam Selasa diarahkan supaya
ditamatkan lebih awal selepas pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)
mendapati ia diadakan tanpa permit.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekinchan Ng Suee Lim berkata, berlaku
kesilapan dari segi komunikasi apabila jentera kempen Parti Amanah
Negara (Amanah) menganggap permit tidak perlu dipohon untuk mengadakan
ceramah berkelompok.
“Kita kesal dengan apa yang berlaku, tetapi tetap menghormati arahan
pegawai SPR yang meminta kami menamatkan ceramah ini lebih awal,”
katanya ketika ditemui selepas program tersebut yang bermula kira-kira
pukul 10.30 malam Selasa.
Program yang diadakan di Dewan Orang Ramai Parit Lima, Kampung
Penerangan di sini dihadiri Presiden Amanah Mohamad Sabu, Naib Presiden
Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar, Pengerusi DAP Selangor
Tony Pua, calon Amanah, Azhar Ab Shukur dan Suee Lim.
Bagaimanapun, barisan pemimpin berkenaan diberi peluang berucap pendek sebelum dewan dikosongkan lebih kurang pukul 11 malam.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment