Wednesday, June 08, 2016

"Teruk Betul Perangainya !! Moga Taubat Nizar Diterima", Kata Zahid

KUALA KANGSAR : Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr  Ahmad Zahid Hamidi mendoakan agar taubat bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin diterima ALLAH SWT.

Katanya, ‎beliau 'bersimpati' dengan Nizar dan harapanya agar ahli politik itu berubah.

‎"Saya tidak terkejut dengan apa yang keluar dari kalam beliau (Nizar), kerana rupanya beliau belum pernah berubah dan belum cukup bertaubat dengan apa yang beliau alami sebelum ini.

“Saya syukur kerana beliau berkata demikinan, mudah-mudahan taubat beliau segera diterima ALLAH,” kata Ahmad Zahid dalam sidang media‎ selepas majlis ramah mesra bersama pengundi dan masyarakat tempatan‎ di Ulu Kenas, Kuala Kangsar, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Mohammad Nizar semalam bahawa ALLAH  mahu rakyat Kuala Kangsar mengajar‎ beliau dan Perdana Menteri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen‎ Kuala Kangsar 18 Jun ini rentetan daripada kisah peralihan kuasa di Perak.

Terdahulu Mohammad Nizar dalam ceramahnya di Kampung Sayong Lembah berkata, ada sesuatu sebab tersirat mengenai mengapa PRK itu terpaksa diadakan.

 Ketika berucap pada ceramah itu, Mohammad Nizar berkata dirinya tertanya-tanya mengapa daripada 222 kerusi Parlimen di negara ini, ALLAH memilih supaya PRK diadakan di Sungai Besar dan Kuala Kangsar.  

"Bila saya fikir-fikir dengan mendalam, di sinilah buminya semasa saya diberikan amanah untuk menjadi Menteri Besar Perak, daripada Mac 2008 hingga Februari 2009.  

"Di sinilah buminya yang mana kedua-dua makhluk ini datang merampas kerajaan Pakatan yang saya pimpin ketika itu. Siapa makhluk itu? Tak lain tak bukan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) dan Zahid," katanya dipetik berkata menerusi laporan sebuah media sosial.

Dengan berbuat demikian, Nizar berkata, Najib dan Zahid tidak‎ menghormati hak rakyat Perak yang telah memilih kerajaan Pakatan Rakyat.

Justeru, Nizar yakin bahawa penduduk Kuala Kangsar akan mengajar dua‎ pemimpin tertinggi negara itu.

PRK Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun ini diadakan berikutan nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, bulan lalu yang mengakibatkan penyandangnya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terbunuh.

SPR menetapkan 18 Jun depan sebagai hari pengundian dan tarikh pengundian awal pada 14 Jun bagi PRK berkenaan.

Calon Amanah , Dr Ahmad Termizi akan berdepan dengan calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid yang mempertahankan kerusi Allahyarham suaminya.

Selain daripada Mastura, Termizi juga menghadapi saingan daripada calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment