Wednesday, June 15, 2016
Macam Tu Sekali Ke !!!! DAP Sanggup Sewa Bas Untuk Bawa Balik Pengundi Luar
Berpuluh-puluh bas disewa oleh DAP untuk membawa balik lebih kurang
7,000 pengundi luar yang mana dari jumlah itu 4,000 adalah dari kaum
Cina.
Sehubungan dengan itu, DAP berharap pengundi Sungai Besar yang tinggal
di luar kawasan Parlimen itu akan pulang mengundi pada pilihan raya
kecil (PRK) Sabtu ini bagi memastikan kemenangan calon Parti Amanah
Nasional (PAN).
Penasihat DAP, Lim Kit Siang, berkata kebimbangan besar pembangkang adalah bilangan pengundi luar tidak pulang untuk mengundi.
“Kebimbangan besar adalah bilangan pengundi kurang mengundi. Kerana kita
hanya mampu mencapai 88% sahaja pada pilihan raya umum lalu.
“Bukan mudah untuk mencapai bilangan pengundi yang tinggi memandangkan
ini hanyalah pilihan raya kecil (PRK),” katanya di sidang media di
Pejabat DAP Sekinchan, hari ini.
Kit Siang berkata akan menjadi satu “keajaiban” sekiranya pengundi luar pulang mengundi dan memilih pembangkang.
Sementara itu, Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua berkata bilangan
pengundi luar yang datang mengundi akan menentukan keputusan pilihan
raya ini.
“Sama ada kita akan mencapai matlamat dan melakukan kejutan semuanya bergantung kepada berapa ramai yang pulang nanti,” katanya.
Ujarnya, DAP sendiri mengerahkan jentera menyakinkan pengundi agar pulang untuk mengundi.
“Kita juga telah menyewa bas bagi membolehkan pengundi di luar kawasan seperti di Singapura pulang.
“Selain itu, kita juga menyebarkan ia melalui media. Setakat ini kita mendapat maklum balas yang positif,” katanya.
Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Ismail Sabri Yaakob
menggesa pengundi luar Parlimen Sungai Besar digesa balik mengundi pada
18 Jun ini dan memilih calon yang benar-benar mampu membela nasib mereka
selain meneruskan pembangunan di kawasan berkenaan.
Ismail Sabri yang membuat gesaan itu berkata anak jati Sungai Besar yang
tinggal di luar kawasan diharap dapat menunaikan tanggungjawab mereka
kerana setiap undi amat penting.
"Sungai Besar tidak jauh pun, jika ada mana-mana pengundi yang berada di
Kuala Lumpur, atau sekitar Semenanjung, saya saran kalau boleh balik
lah mengundi.
"Adalah diharapkan juga, pengundi-pengundi di Sungai Besar dapat
memberikan undi kepada Barisan Nasional (BN) kerana calon yang dipilih
parti amat tepat dengan keinginan setempat," katanya.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu yang ditemui ketika turun
padang membantu calon BN, Budiman Mohd Zohdi untuk berkempen,
menyifatkan anak jati Sungai Besar sebagai individu paling layak
meneruskan legasi parti di Sungai Besar.
Malah, katanya keterampilan Budiman yang juga Anggota Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Sungai Panjang, satu daripada DUN di bawah Parlimen Sungai
Besar, telah menunjukkan prestasi yang baik sejak berkhidmat tiga tahun
lepas, selain disenangi semua golongan termasuk pengundi bukan Melayu.
"Beliau (Budiman) punyai 'track record' yang baik di kawasannya malah
bila diumum namanya sebagai calon, kita boleh lihat mood menjadi berbeza
kerana beliau diterima semua. "Apa yang penting, sambutan baik perlu
diterjemahkan dengan beri undi kepada BN pada 18 Jun nanti," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment