Monday, June 06, 2016

Skandal Rasuah, Seks Di Selangor : Sejak Bila Rafizi Hormati Undang-undang?

KUALA LUMPUR : Bekas Setiausaha Agung Pas Negeri Selangor, Norman Toha membidas sikap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli kerana bersikap bias dalam isu skandal rasuah wang ringgit dan seks yang berlaku di dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.

Menurut beliau, jika berlaku perkara sedemikian terhadap pentadbiran kerajaan BN, biarpun ianya hanya khabar angin sudah pasti tindakan yang dilakukan oleh beliau berbeza dengan tindakannya dalam isu rasuah di Selangor ini.
Isu Seks Dan Rasuah Di Selangor 
“Memang tindakan Rafizi saya lihat berat sebelah dalam soal ini. Saya pelik mengapa Rafizi tidak selantang sebelum ini dalam isu rasuah di Selangor. Kononnya terikat dengan akta SPRM daan sebagainya menyebabkan dia terpaksa tutup mulut.

“Mengapa dalam isu rasuah di Selangor Rafizi akur pula dengan akta SPRM. Tapi kalau isu yang melibatkan kerajaan BN atau UMNO, akta SPRM itu tidak terpakai buat beliau. Sedangkan dalam menghentam kerajaan BN sebelum ini, mereka main langgar saja tanpa mempedulikan undang-undang.

“Saya pun pelik semenjak bila Rafizi ini mula patuh dengan undang-undang. Bila mereka menyerang BN dan UMNO, maka undang-undang tak terpakai buat mereka. Tapi bila dalam hal isu yang melibatkan puak sendiri, maka Rafizi jadikan alasan undang-undang untuk menutup sikap biasnya,” tegas beliau kepada media di sini hari ini.

Tambah beliau lagi, daripada maklumat yang diterima daripada rakan-rakan pembangkang di Selangor, isu rasuah wang ringgit dan seks dalam pentadbiran kerajaan negeri bukan lagi satu rahsia.
“Saya yakin Rafizi juga mengetahui tentang hal ini. Jika ianya bukan lagi rahsia, mengapa beliaau tidah dedahkan saja nama siapa yang terlibat. Dedahkan sajalah.

“Kalau dalam menghentam BN dan UMNO, benda tak betul pun beliau hebohkan satu negara sehingga rakyat jadi terpengaruh biarpun perkara yang dikatakan itu tidak betul sama sekali.

“Tapi dalam isu rasuah di Selangor ini, macam- macam alasan beliau berikan termasuklah terikat dengan akta siasatan SPRM. Sejak bila beliau tahu hormati undang-undang di negara ini?,” soal beliau lagi.

Justeru itu menurut beliau, sikap Rafizi yang bias dalam isu-isu seperti ini merupakan cerminan kepada sebahagian besar sikap pemimpin pembangkang yang sebenarnya tidaklah seadil dan setelus mana seperti yang selalu mereka beritahu kepada rakyat.

“Saya kira pemimpin yang bersikap bias seperti Rafizi dan pemimpin pembangkang yang lain tidak boleh kita jadikan sandaran. Jika terkena pada batang hidung mereka, selagi isu itu boleh mereka senyapkan, mereka akan senyapkan.

“Bila undang-undang memihak kepada mereka, itu dijustifikasikan sebagai adil. Tapi bila undang-undang tidak memihak kepada mereka, itu mereka katakan zalim.

“Bila pentadbiran mereka diselubungi isu rasuah, mereka tak mahu dedahkan atas alasan terikat dengan undang-undang. Tapi bila mereka menyerang BN dan UMNO, undang-undang sudah tidak terpakai buat mereka. Bentuk ketelusan dan keadilan apakah yang mereka amalkan hari ini?

“Saya kira ini rakyat perlu sedar akan hal ini di mama pembangkang sebenarnya tidaklah lebih baik daripada kerajaan yang sedia ada hari ini,”ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment