Monday, June 06, 2016

Cara Azmin ‘Balas Budi’ Buat PAS Memendam Rasa?

EDITOR MENULIS...
6 JUN 2016
iskandar-samad-pas-sgor
Kecoh juga diperkatakan tentang Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Azmin Ali yang dikatakan baru hari ini ‘tunjuk muka’ di kem Pakatan Harapan, hadir memberi sokongan kepada calon PAN di hari penamaan calon PRK Sungai Besar.

Rata-rata pemerhati dan penganalisis politik berpandangan bahawa kehadiran Azmin itu seolah-olah beliau ‘menikam PAS dari belakang’ setelah parti itu berjasa mencalonkan namanya sebagai Menteri Besar yang diperkenan Sultan Selangor. Padahal, DAP dan PKR berkeras mahukan Dato’ Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Gambar Azmin berdakapan dengan Mat Sabu turut dikatakan bakal merenggangkan hubungan PKR – PAS yang digembar-gemburkan bagai telur di hujung tanduk. Khabarnya, Azmin mungkin tunduk pada desakan memecat Exco PAS dari kerajaan negeri kerana parti itu berdegil untuk terus bertanding di PRK Sungai Besar?

Reaksi dari Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad dalam jawapan mengenai polemik Azmin – PAS itu memberitahu bahawa hubungan antara mereka tidak terjejas kerana sokongan Azmin kepada calon Pakatan Harapan.

Pada pandangan saya, jawapan seperti itu sememangnya sudah dijangkakan. Jawapan ‘politik dari ahli politik’. Ahli politik memang jarang mendedahkan konflik di antara mereka selagi pihak yang satu lagi mendedahkan konflik berkenaan.

Lagipun, saya yakin bahawa Iskandar perlu menjaga kedudukan dan jawatan Exco yang disandang Adun PAS di dalam kerajaan negeri bagi memastikan DAP tidak boleh ‘memperkuda’ Azmin mengikut acuan kemahuan ‘ultra kiasu’ mereka. Dalam konteks ini, PAS seolah menjadi ‘check and balance’ dalam kerajaan negeri tersebut.
.facebook_1465111444177
Mungkin juga itu arahan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang mahu Iskandar jawab begitu untuk memastikan PAS terus berada di dalam Kerajaan Negeri dan tidak memberi alasan mudah kepada Azmin untuk memecat Exco PAS.

Pada pandangan saya, sebenarnya Azmin boleh pecat Exco PAS pada bila-bila masa. 

Jawatan mereka boleh diisi oleh Adun-Adun PKR, DAP mahupun PAN jika Azmin mahu. Namun beliau mungkin serba salah untuk berbuat demikian kerana PAS menjadi faktor penyebab dia menjadi Menteri Besar.

Namun begitu, secara prinsipnya Azmin boleh dikatakan sebagai Menteri Besar yang tidak mengenang budi. PAS pula jika tersinggung sekali pun dengan tindakan Azmin, terpaksa memendam rasa geram, kecewa atau marah.

Soalnya, bukankah itu menandakan mereka hipokrit dalam perjuangan?

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment