Wednesday, June 08, 2016

#PRKSgBesar : Budi ‘2 Jari’ Lawan Azhar ‘2 Bulan Sekali’

EDITOR MENULIS...
8 JUN 2016
13390929_692929540845101_1787688915_n
Bagi sesetengah orang, ada ke tidak wakil rakyat dalam kawasan, bukan isu yang besar.  

Bagi sesetengah orang yang lain pulak, wakil rakyat penting, nak minta bantuanlah, nak minta surat sokonganlah, tanda tangan itu ini dan sebagainya.

Nak minta bayar bil letrik pun ada.

Tapi kalau awal-awal dah kata hanya akan balik tengok rakyat 2 bulan sekali, apakah rakyat nak undi orang ini?  Dia tak cakap tu lain, masalah dah declare awal-awal itulah pun masa yang akan diperuntukkannya untuk berjumpa rakyat sekiranya menang.

Macam-macam hal boleh berlaku dalam tempoh 2 bulan, bencana, kemalangan dan sebagainya tapi rakyat dapat mengadu nasib dengan wakil mereka, dua bulan sekali itulah – kalau orang ini menang.

Pada saya sendiri, ini semua rahmat Allah SWT kepada orang Sg Besar, nak tunjuk calon ni macam mana sebenar orangnya. Bukan siapa pun yang mengadakan cerita tapi memang keluar dari mulut dia sendiri. Entah apa khidmat yang dia boleh tawarkan untuk rakyat kalau muncul pun 2 bulan sekali pun kita tak tau.

Elok calon BN, YB Budi lagi. Rumah mak ayahnya disitu dan berdasarkan track rekod, tidak pernah gagal memberi khidmat terbaik kepada rakyat. Sebab itu, tidak ada pun siapa di kalangan pembangkang yang berani menyerang track record Budiman.

Yang calon parti nama kuali ni, belum apa-apa dah mengaku peruntuk satu bagi setiap 60 hari untuk rakyat, apa punya calon la ni...

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment