Monday, June 06, 2016
Kerajaan BN Teruskan Misi Siapkan Rumah Murah untuk Rakyat Pendapatan Rendah
1. Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM140
ribu seunit untuk membina PPR Taman Danau, Hulu Selangor lengkap dengan
segala fasiliti awam. Namun, PPR ini hanya dijual kepada mereka yang
layak dengan hanya RM35,000 seunit. PPR Taman Danau, Hulu Selangor
merupakan penyaluran subsidi Kerajaan secara terus kepada rakyat
membuktikan komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap golongan setinggan
dan berpendapatan rendah untuk tinggal di rumah yang selesa dan
mempunyai fasiliti yang mencukupi.
2. Projek ini merupakan janji YAB Perdana Menteri semasa pilihanraya
di Hulu Selangor pada 2010 lalu dengan tujuan untuk menyelsaikan masalah
perumahan penduduk di penempatan Kampung Hassan. Pada Januari 2012, YAB
Perdana Menteri melawat tapak projek PPR ini bagi melihat progres
pembinaan untuk memastikan janji yang diungkapkan pada pilihanraya
tempohari, ditunaikan.
3. PPR Taman Danau, Hulu Bernam, Selangor kemudian telah siap dibina
di atas tapak seluas 26 ekar dengan kos sebanyak RM42 juta. Projek ini
terdiri daripada 300 unit rumah teres beserta Dewan Serbaguna, Surau,
Tadika, GelanggangSukan, dan Taman Permainan. PPR Taman Danau ini lebih
besar dengan saiz 850 kaki persegiberbanding PPR lain yang bersaiz 750
kaki per-segi dan mempamerkan rekabentuk yang lebih modendan menarik.
4. Pada 31 Mac 2015, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan
penjualan PPR Taman Danau, Hulu Selangor dan bersetuju agar Jabatan
Perumahan Negara (JPN) menguruskan penjualan tersebut melalui Ejen
Penjualan yang dilantik. PPR Taman Danau, Hulu Selangor dijual pada
harga RM35,000 seunit khusus bagi golongan setinggan dan berpendapatan
rendah yang telah dikenalpasti.
5. Sehingga kini, JPN telah menawarkan kepada 300 pemohon yang
dimuktamadkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan Pembeli, Jabatan
Perumahan Negara.Pada hari ini, seramai 40 penerima kunci siri pertama
yang telah menyelesaikan pembiayaan akan diserahkan kunci unit
masing-masing manakala sebahagiannya masih di dalam pembiayaan dan
dijangka akan dapat diserahkan kunci dalam masa terdekat.
6. Di samping itu, PPR Taman Danau, Hulu Selangor ini memberikan
kemudahan kepada golongan yang sangat memerlukan bantuan perumahan
kerana terdapat penduduk yang tinggal di kawasan setinggan selama lebih
25 tahun. Terdapat juga penduduk yang telah menumpang rumah orang lain
melebihi 30tahun dan ada juga yang telah menumpang selama 55 tahun.
Namun demikian, dengan terbinanya PPR Taman Danau ini, sebahagian besar
penduduk setinggan, penduduk yang menyewa dan penduduk yang menumpang
rumah saudara mara dapat menikmati kediaman yang lebih selesa berbanding
dengan tempat tinggal mereka sekarang.
7. Secara keseluruhannya, Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah
mensasarkan keseluruhan pembinaan sebanyak 103,038 unit rumah, di bawah
Program Perumahan Rakyat (PPR) di seluruh negara. Sepanjang tempoh RMK 8
sehingga kini, sebanyak 80,252 unit PPR telah siap dibina manakala
sebanyak 22,786 unit masih dalam pelbagai peringkat pelaksanaan.
8. Bagi negeri Selangor, bermula dari tahun 2011 sehingga kini
Kerajaan telah menyiapkan sebanyak 4 projek PPR melibatkan 5,184 unit
iaitu PPR Lembah Subang I (3,004 unit), PPR Serendah (300 unit), PPR
Lembah Subang 2 (1,580 unit) dan PPR Taman Danau, Hulu Bernam, Selangor
(300 unit).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment