Monday, June 06, 2016

#PRKKualaKangsar : Bertahun Mastautin Di Luar, Jadi Calon Terus Mengaku Anak Tempatan?

EDITOR MENULIS...
6 JUN 2016
Hari kedua Pilihan Raya Kecil (PRK) P067 Parlimen Kuala Kangsar merupakan hari pertama umat Islam di seluruh negara berpuasa bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak. Namun begitu, bahang kehangatan pilihan raya tetap terasa.

Biarpun dibataskan dengan ibadah yang memerlukan kita mengawal nafsu, lebih memelihara akhlak dan tutur kata, namun kedengaran juga suara-suara sumbang yang tidak mampu menahan diri dari ketaksuban politik.

Ada yang sibuk mencanang propaganda mendakwa Datin Mastura Mohd Yazid tidak layak menjadi Ahli Parlimen Kuala Kangsar, kononnya kerana beliau bukan anak tempatan dan berasal dari Negeri Sembilan.

Menariknya, tidak pula dia cerita bahawa Mastura sudah 27 tahun bermastautin di Kuala Kangsar. Malah diri dan jiwanya sudah sebati dengan masyarakat 'Kuale'. Jika ditanya pada orang ramai di sekitar parlimen itu, ramai yang kenal dan menyenangi calon BN itu.

Tidak pula pihak parti pembangkang itu ceritakan tentang Mastura yang merupakan satu-satunya calon yang merupakan pengundi di Parlimen Kuala Kangsar. Ada dia ceritakan fakta dan kebenaran itu ketika berkempen? Tidak.

Tidak pula parti berwarna 'oren' itu katakan pada orang 'Kuale' bahawa calon mereka itu walaupun memang orang tempatan, tidak pula diberitahu bahawa Prof. Dr. Ahmad Termizi Ramli itu sebenarnya pengundi Dun Anggerik dan Parlimen Shah Alam.

Kenapa tidak beritahu fakta itu? Kerana cuba sembunyikan fakta bahawa dia walau anak tempatan, tapi sudah lama menetap di Shah Alam?

Pada pandangan saya, sebenarnya yang paling penting ialah rakyat di Kuala Kangsar kenal dengan calon Ahli Parlimen di kawasan mereka, dan yakin wakil rakyat itu mampu memberi khidmat terbaik seperti arwah suami Mastura, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad..

Jika anak tempatan pun, kalau menetap di luar kawasan, kenalkah dia pada peniaga laksa atau pisang goreng di simpang 4 di pekan Manor? Sudah lama bermastautin di luar, tiba-tiba balik mahu jadi wakil rakyat kawasan? Dulu jarang ambil tahu, tapi bila sudah jadi calon baru sibuk mengaku 'anak tempatan'?

Saya yakin, pengundi di Kuala Kangsar bijak menilai dan tahu siapa yang patut mereka pilih pada 18 Jun nanti. Sudah tentulah calon yang mereka kenal, yakin dan mewakili parti yang mampu serta terbukti secara tradisi memberi khidmat kepada mereka.

Bukan seperti parti itu yang berwarna oren, parti hijau mahu bertanding pun mereka kacau. Dakwa kononnya Kuala Kangsar itu kerusi mereka? Konon boleh 'tawan' Kuala Kangsar? Cuba minta izin PAS dulu, itupun jika PAS izinkanlah...

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment