Wednesday, June 08, 2016
Pemimpin UMNO Merajuk Akhirnya Kembali Ke Pangkuan Parti - Ahmad Zahid
KUALA KANGSAR : Ahli Umno yang dikatakan berkecil hati kerana tidak
dipilih sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar kini telah
kembali bersama parti berkenaan.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau
lega dan berterima kasih kepada individu tersebut kerana mempunyai jiwa
besar sebagai ahli Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Saya berterima kasih kepada mereka yang dulunya mungkin berkecil hati
tetapi perkara itu telah berjaya dipadamkan daripada hati mereka.
"Saya lega kerana mereka mempunyai jiwa yang besar sebagai pemimpin dan
ahli Umno serta BN. Tindakan itu juga telah membuktikan kesetiaan mereka
terhadap parti," katanya ketika beramah mesra bersama pengundi di Pusat
Daerah Mengundi Ulu Kenas di sini petang Selasa.
Tambah timbalan perdana menteri itu, kesepakatan yang telah dipulihkan
itu juga dijangka dapat membantu BN memenangi Parlimen Kuala Kangsar
dengan majoriti lebih besar pada 18 Jun nanti.
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh turut
mengalu-alukan kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
yang didakwa mahu memastikan BN tewas di PRK berkenaan.
"Saya mengalu-alukan kedatangan beliau," jawabnya ringkas selepas ditanya mengenai kehadiran tokoh berkenaan.
Ahmad Zahid selain itu turut mengucap tahniah kepada jentera BN yang telah menjalankan tanggungjaawab dengan sebaiknya.
"Jentera yang ditugaskan telah berjaya menjalankan tanggungjawab dengan
baik terutamanya dengan tidak membangkitkan isu sensitif dan menghormati
Ramadan.
"Jentera menjadi sandaran penting buat parti kerana calon tidak dapat
berkempen terus kepada pengundi seperti di PRK lain," jelas beliau.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment