Jadi jangan salah sangka lagu merdu yang kini sudah viral dan jadi sebutan ramai nyanyian Wan Imar Izzat anak Allahyarham bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Wan Khairil Anuar tiada kaitan langsung dengan pilihanraya kecil dimana ibunya Datin Mastura Yazid bertanding.
Lagu itu sebenarnya adalah didedikasi khas untuk arwah bapanya yang terkorban dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lalu. Ia mengisahkan kerinduan seorang anak terhadap ayah yang pergi buat selama-lamanya.
Senikata dan irama lagu ciptaan Wan Imar memang menyentuh perasaan siapa saja yang mendengarnya.
Malah Mastura sendiri mengakui lagu nyanyian anaknya itu sungguh menyentuh.
Klip video yang julung kali dipertontonkan kepada umum pada diakhir majlis Program BN Youth Job & Career Fair 2016 di Kuala Kangsar Sabtu. Turut hadir ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan bos KRU Studios Sdn Bhd Datuk Norman Abdul Halim yang telah beri sentuhan pada lagu berkenaan.
Zambry sendiri memberitahu wartawan lagu itu tiada kaitan dengan kempen pilihanraya kecil yang sedang berlangsung sekarang.
Cerita di sebalik lagu itu diberitahu oleh Wan Imar sendiri.
Katanya dua bulan sebelum nahas helikopter di Sarawak, bapanya Allahyarham Datuk Wan Khairil telah meminta bantuan Norman melakukan uji bakat buatnya kerana beliau minat muzik. "Apabila tragedi itu berlaku, kami rancang buat lagu khas untuk arwah sempena Hari Bapa pada 18 Jun ini. "Ibu, abang dan adik saya turut sebak melihat klip video ini kerana banyak memori antara kami," katanya.
Wan Imar Izzat dalam sidang medianya selepas itu berkata, lagu dengan lirik berunsurkan doa itu ditujukan khas buat bapanya sempena sambutan Hari Bapa pada 18 Jun ini.
"Dua bulan sebelum nahas helikopter di Sarawak, Papa meminta bantuan Norman melakukan uji bakat buat saya kerana saya minat muzik.
"Apabila tragedi itu berlaku, kami rancang buat lagu khas untuk arwah sempena Hari Bapa pada 18 Jun ini. "Ibu, abang dan adik saya turut sebak melihat klip video ini kerana banyak memori antara kami," katanya.
Norman mengesahkan bahawa Allahyarham Datuk Wan Khairil menghubunginya dua bulan sebelum nahas itu.
"Saya melakukan uji bakat dan mencari lagu sesuai buat Wan Imar, namun proses itu terhenti apabila nahas berkenaan berlaku.
"Selepas Wan Imar bersedia, kami hasilkan lagu dan klip video berkenaan dalam tempoh tiga minggu. "Allahyarham adalah seorang sahabat dan bila keluar lagu ini bermakna saya tunaikan hajat Allahyarham serta apa yang diwasiatkan kepada saya," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment