Wednesday, June 08, 2016

Dinasour Politik : Mahathir, Jangan Neraka Didahulukan Dan Ramadhan Dibelakangkan !!!


hgh
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Sabda Rasullulah: “Barangsiapa yang mempunyai kezhaliman kepada saudaranya mengenai hartanya atau kehormatannya, maka diminta dihalalkanlah kepadanya dari dosanya itu sebelum datang hari di mana nanti tidak ada dinar dan dirham (hari kiamat), di mana akan diambil dari pahala amal kebaikannya untuk membayarnya. Kalau sudah tak ada lagi amal kebaikannya, maka akan diambil dari dosa orang yang teraniaya itu, lalu dipikulkan kepada orang yang menganiaya itu” (HR. Bukhari).

Tika umat islam tunduk dan bertawaduk di dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak yang mulia ini, usia lanjut seorang dinosor politik tidak mampu lagi menghayati makna Ramadhan dengan terus  menerus melemparkan tuduhan dan fitnah kepada kepimpinan Negara. Beliau mengatakan dalam laporan portal pembangkang semalam bahawa Ahli UMNO senyap kerana diberi dedak sehingga jutaan ringgit. Nampak jelas Ramadhan tidak dapat melembutkan sikap liar kebinatangan dalam berbicara oleh Dinosor Politik ini. Untuk sepatutnya lebih arif bahawa ahli UMNO bukannya pak turut lagi yang hanya mengikut dan mempercayai apa sahaja yang keluar daripada mulut beliau. 

Zaman patuh dan membuta tuli telah lama berlalu malah jika Tun menjawat jawatan sebagai Presiden UMNO pada waktu ini belum tentu mampu kekal. Ahli UMNO tidak akan dapat merasai makna demokrasi dalam UMNO seperti sekarang ini malah jiwa-jiwa demokrasi jalanan yang liar berlegar kini juga tidak mampu bebas seperti sekarang. Tun seharusnya melihat bahawa ahli UMNO kekal bersama Najib kerana hormat akan Institusi presiden dan disiplin parti. Pendekatan Najib yang sederhana dan pelbagai banyak memberi manfaat langsung kepada rakyat secara umumnya.

Cukup – cukuplah tuduhan dan fitnah yang dimainkan oleh tun. Kalau dengan sekor ‘Ratu Badak’ yang darjat politiknya tahap pencacai pun tun boleh kena tipu dalam mendapatkan tandatangan Deklarasi Rakyat inikan pula tun dikelilingi oleh ular – ular sawa yang sememangnya kecewa yang ada kepentingan untuk menjatuhkan kepimpinan. 

Lagipun sudah sedia maklum bahawa fakta dan angka tidak lagi menjadi pengkiraan dalam menentukan langkah politik tun kerana kita tahu ianya tidak memihak kepada tun sebab itu pendekatan fitnah dan merapu digunakan. Matlamat yang ingin dicapai akan menghalalkan apa sahaja tindakan yang akan tun ambil. Ahli UMNO keliru dan hairan ke mana sebenarnya langkah sumbang negarawan ini kerana jika diamati tun bukan sahaja seperti kehilangan arah dalam perjuangan tetapi seperti kehilangan akal. 

Seorang negarawan yang bertanggungjawab tidak akan membuat kenyataan politik yang mengheret institusi YDPA yang mengatakan Agong dikenakan tahanan rumah seperti sebelum ini.

Sebagai seorang ahli UMNO dan juga bekas penyokong tun, saya ingin menarik perhatian tun supaya cukup – cukuplah berbuat fitnah dan mengucar kacirkan politik orang Melayu dan Islam. Mungkin darah kerala yang mengalir dalam jiwa tun menyebabkan tun berbulu dan tidak senang melihat pendekatan Najib yang sederhana dan banyak membuka ruang kepada kerjasama melayu islam. 

Tun juga tanpa rasa bersalah juga memperlekehkan usaha memperkasakan mahkamah syariah malah cuba memberi gambaran yang salah seolah – olah RUU berkenaan adalah Hudud yang akan memotong tangan rakyat. 

Sempena bulan ramadhan yang mulia ini elok benarlah tun berehat seketika dan bermuhasabah diri dengan mengambil kesempatan mencukupkan bekalan akhirat. Mohonlah ampun dengan Allah agar diberikan petunjuk dan hidayat diakhir – akhir usia ini. Tun seharusnya ingat bahawa orang – orang yang difitnah oleh tun akan menuntut keadilan bagi mereka dihadapan Rabul Jalil. Bertaubatlah tun dengan sebenar – benar taubat.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment