Wednesday, June 08, 2016
Nizar ‘Penipu Bersiri’, Kata Zambry
KUALA KANGSAR : Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd
Kadir hari ini mengecam tindakan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara
(PAN) Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang didakwanya
berterusan membuat tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan Barisan
Nasional (BN).
Menyifatkan Mohammad Nizar sebagai ‘penipu bersiri’, Zambry berkata
bekas menteri besar Perak itu dilihat tanpa henti memfitnah dan
membangkitkan isu tertentu walaupun telah diperjelaskan kerajaan sebelum
ini.
“Saya amati perangai dia tidak habis-habis buat serangan. Bayangkan
bulan Ramadan pun dia nak menipu,” katanya kepada pemberita selepas
mempengerusikan mesyuarat penyelarasan jentera pilihan raya kecil (PRK)
Parlimen Kuala Kangsar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Mohammad Nizar yang
mengatakan Zambry memberi tanah kepada kroni tertentu dalam ceramah umum
parti itu di Kampung Sayong Lembah, di sini semalam.
Mohammad Nizar yang dipetik dalam media sosial turut berkata “Allah mahu
orang Kuala Kangsar ‘mengajar’ (memberikan kekalahan kepada) BN
menerusi PRK Kuala Kangsar”.
Mengenai dakwaan kerajaan negeri memberikan tanah seluas 45,324 hektar
kepada pihak tertentu, Zambry berkata perkara itu telahpun diperjelaskan
sebelum ini termasuk pada sidang Dewan Undangan Negeri Perak.
“Pembangkang ini telah kekeringan dan habis modal, sebab itu akan buat pembohongan,” katanya.
Zambry meminta para pengundi di Parlimen Kuala Kangsar supaya tidak
terpengaruh dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan pembangkang itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment