Monday, June 06, 2016
Larangan Azmin Berkempen Di PRK Sungai Besar Tindakan Pelik, Luar Tabiee
SUNGAI BESAR : Walaupun secara tiba-tiba Menteri Besar
Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali muncul pada hari penamaan calon
namun bagi Yang Dipertua Mubarak (Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia)
Selangor, Tan Sri Dr Abu Hassan Omar ‘arahan’ Presiden PKR, Datuk Seri
Dr Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini agar Azmin Ali tidak terlibat
dengan urusan Pakatan Harapan, khususnya dalam dua Pilihan Raya Kecil
(PRK) yang akan diadakan pada 18 Jun ini pelik dan luar tabiee.
Sambil menyifatkan keadaan tersebut menggambarkan pembangkang sedang
dilanda tsunami kemelut yang amat besar, beliau berkata tindakan Wan
Azizah itu jelas agak tidak kena dan janggal memandangkan Azmin adalah
seorang ketua pentadbir di Selangor.
“Mungkin
kehadirannya semasa penamaan calon sekadar wayang politik. Hakikatnya
Azmin seorang ketua pentadbir negeri malah menjawat jawatan sebagai
Timbalan Presiden PKR. Bila ada pilihan raya di negeri pimpinannya, dia
pula tidak dibenarkan berkempen.
“Alasan Wan Azizah kononnya arahan itu bertujuan menjaga keharmonian
pentadbiran kerajaan negeri Selangor yang masih di bawah pentadbiran
Pakatan Rakyat tidak boleh diterima sama sekali kerana lazimnya menteri
besarlah yang akan mengetuai jentera atau setidak-tidaknya menjadi orang
penting dalam menggerakkan kempen pilihan raya,” ujarnya kepada
media.
Tambah Abu Hasan, larangan tersebut sebenarnya dilihat lebih kepada
konflik yang melanda kedua-dua pemimpin itu sendiri yang rata-rata telah
mengetahui Wan Azizah dan Azmin tidak pernah ‘sebulu’.
“Larangan itu sebelum ini juga sebenarnya sekaligus memperlihatkan
kegagalan Azmin bertindak sebagai ketua yang baik dan bijak bagi
menyelesaikan isu perebutan kerusi antara PAN dan Pas di PRK Sungai
Besar.
“Sekarang ini terpulang kepada rakyat negeri Selangor khususnya di
Parlimen Sunga Besar mahu memberi kepercayaan kepada siapa bagi mewakili
mereka. Adakah parti yang tidak tahu hujung pangkal kesepakatannya
ataupun Barisan Nasional (BN) yang telah terbukti sentiasa membela nasib
rakyat,” katanya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment