Tuesday, June 07, 2016
Musim Gugur Di Singapura... Bukan Lagi Syurga Membeli Belah Asia Tenggara
Satu ketika dulu... menjadi trend dikalangan golongan kelas pertengahan
Asia Tenggara untuk membeli-belah di Singapura, ia digelar ebagai syurga
membeli-belah yang kononnya, bukan sahaja lebih murah, tetapi produk
yang dibeli lebih terkini dan berkualiti.
Singapura pernah mencatatkan limpahan sehingga S$10 bilion dalam sektor
peruncitan bagaimanapun sejak lima tahun lalu reputasinya semakin
menyusut disebabkan kemerosotan dalam ekonomi tempatan dan penurunan
dalam perbelanjaan oleh pelancong.
Ruang komersial melonjak sebanyak 10 dalam tempoh berkenaan tetapi kadar
penempatan meningkat kepada 7.3 peratus berbanding 5.0 peratus. Ketika
itu penganalisis industri menjangkakan prestasi itu terus meningkat.
"Tetapi apabila anda memasuki pusat beli-belah anda akan lihat ia
kosong," kata Sam Goh, seorang pengusaha produk pakaian sukan di sebuah
pusat beli-belah di Orchard Road.
Situasi semasa itu menyebabkan beliau terpaksa menyerahkan semula suku
daripada ruang yang disewa sebelum ini pada bulan lalu untuk
mengurangkan kos.
Tingkat lima yang mengandungi 16 unit kedai di pusat beli-belah itu mengalami kekurangan penyewa.
Di sebuah pusat beli-belah di pinggir bandar di sebelah barat Singapura,
lebih dua pertiga daripada ruang bawah masih kekal kosong.
Keadaan itu mencerminkan jangkaan sebelum ini tentang ekonomi domestik
yang memberangsangkan akan mengalakkan 5.5 juta penduduk berbelanja
silap.
Reuters melaporkan di Singapura, dagangan runcit dan borong adalah
penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar dan jumlah
majikan juga besar.
Bagaimanapun, ekonomi yang lemah menyebabkan warga Singapura berbelanja
dengan berhemah terutama dalam kalangan pekerja yang terlibat dalam
sektor eksport.
Warga China yang terjejas akibat kelembapan ekonomi semakin kurang
'selera' terhadap barangan mewah yang sebelum ini ke negara itu untuk
membeli-belah.
Malah, China juga telah mewujudkan banyak pusat beli-belah mewah, malah
bebas cukai kepada pelancong tempatan untuk meransang pelancongan
domestik.
Rakyat Indonesia, Thailand dan Malaysia juga boleh membeli produk yang
sama di negara masing-masing, malah pada harga lebih murah.
Jenama Coach kini kosnya dua kali ganda di Singapura.
Di Bangkok dan Jakarta, ruang runcit meningkat antara 20 hingga 25 peratus pada lima tahun lalu dengan kosong semakin menyusut.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment