Monday, June 06, 2016
Dua Bulan Berlalu, Guan Eng Takut Atau Buat-buat Lupa Saman Rahman?
TASEK GELUGOR : ‘Jika anda fikir apa yang saya dedahkan
mengenai anda adalah pembohongan, saman sahaja saya kerana fitnah. Saya
amat berbesar hati berjumpa anda di mahkamah,’ inilah kata-kata yang
diucapkan oleh Datuk Rahman Dahlan ketika Ketua Menteri Pulau Pinang Lim
Guan Eng menuduh beliau sengaja menabur fitnah terhadap dirinya melalui
pendedahan berhubung isu pembelian rumah banglo dan Taman Manggis.
Kini dua bulan sudah berlalu, Guan Eng terus menyepi dan tidak berani
menyahut cabaran yang dilemparkan oleh Menteri Kesejahteraan Bandar,
Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu.
Ketua
Pergerakan Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim berkata,
rakyat khususnya di negeri ini masih setia menanti bilakah Guan Eng akan
menfailkan saman tersebut.
“Kami masih menanti kerana mahu melihat kebenaran yang sering dicanangkan oleh Guan Eng.
“Agak menghairankan kerana Guan Eng berani menuduh kononnya Rahman
Dahlan sengaja menabur fitnah tetapi kenapa tidak berani mengambil
tindakan sekiranya benar dia telah menjadi mangsa fitnah.
“Guan Eng sebelum ini bertindak seperti orang yang berani jadi agak
tidak kena bila dia membatukan diri dan tidak menyahut cabaran itu,”
ujarnya kepada media.
Tambah Rafizal, adakah Guan Eng sebenarnya sudah berasa seakan
terperangkap dan salah langkah sehingga menyebabkan dia tidak berani
mengambil tindakan saman.
Beliau turut menyifatkan bahawa Guan Eng perlu menyegerakan tindakan
saman kerana ia amat penting bagi membuktikan dirinya teraniaya.
“Inilah medan dan landasan untuk Guan Eng buktikan pada dunia bahawa
Rahman adalah penabur fitnah. Tindakan saman ini ibarat telur emas buat
Guan Eng kerana ia dapat membersihkan namanya sekaligus memburukkan
Barisan Nasional (BN).
“Mana mungkin Guan Eng melepaskan telur emas ini sekiranya ia benar-benar berbaloi,” sindirnya lagi.
Ekoran pendedahan tersebut, kedua-dua pemimpin itu dijadualkan bakal
berdebat secara terbuka namun ia terpaksa dibatalkan atas nasihat
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Ketua Polis Negara.
Debat itu dibatalkan kerana ia didakwa menyebabkan prejudis terhadap siasatan yang sedang dilakukan.
Dek kerana itu Guan Eng bukan sahaja menuduh Rahman menfitnah dirinya
tetapi menuduh SPRM dan PDRM sengaja mengeluarkan arahan tersebut untuk
menyelamatkan maruah Rahman Dahlan.
Guan Eng juga mendakwa Rahman Dahlan gagal sebagai seorang menteri selepas debat secara terbuka itu dibatalkan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment