Monday, June 06, 2016

Muslihat Anti-Islam Di Sebalik Kontroversi Pindaan Akta 355 Mahkamah Syariah!

Seperti yang kita semua sedia maklum, cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Ahli Persendirian mengenai pindaan Akta 355 Bidang Kuasa Mahkamah Syariah telah dibenarkan untuk dibahas di sidang Dewan Rakyat.

Tetapi usul tersebut tidak jadi dibentangkan kerana Abdul Hadi Awang memohon  supaya usul itu ditangguhkan dengan alasan untuk memberi peluang masa kepada ahli-ahli Parlimen. Dan perancangannya ialah untuk dibahaskan pada sidang parlimen yang akan datang pada bulan Oktober ini.

Dan apa yang berlaku seterusnya adalah sesuatu yang tidak mengejutkan dan memang dijangka. Parti chauvinis DAP adalah puak yang pertama melenting dan menolak keras.
Undang Undang Syariah Malaysia 

Di antara Akta 355 Akta Mahkamah Syariah 1965 yang menjadi perbualan rakyat ialah:
Seksyen 1. Tajuk ringkas dan pemakaian.
(1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Mahkamah Syariah (Bidang kuasa Jenayah) 1965.

(2) Akta ini hendaklah terpakai hanya bagi semua Negeri di Semenanjung Malaysia.
Seksyen 2. Bidang kuasa Jenayah Mahkamah Syariah.
Mahkamah Syariah yang ditubuhkan dengan sempurnanya di bawah mana-mana undang-undang dalam sesuatu Negeri dan diberi bidang kuasa ke atas orang-orang yang menganuti agama Islam dan berkenaan dengan mana-mana perkara yang disebut satu persatu dalam Senarai II bagi Senarai Negeri dalam Jadual Kesembilan kepada Perlembagaan Persekutuan adalah dengan ini diberi bidang kuasa berkenaan dengan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam oleh orang-orang yang menganuti agama tersebut yang boleh ditetapkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis:
Dengan syarat bahawa bidang kuasa sedemikian tidaklah boleh dijalankan berkenaan dengan apa-apa kesalahan yang boleh dihukum penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebihi lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali atau apa-apa gabungan hukuman-hukuman tersebut.
Jika merujuk kepada handsard di web Parlimen, di bawah adalah keterangan Abdul Hadi Awang :

15. Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang [ Marang ] akan mencadangkan:-
“Bahawa Dewan ini memberikan kebenaran menurut Peraturan Mesyuarat 49 (1) kepada Yang Berhormat Ahli bagi kawasan Marang untuk mencadangkan suatu Rang Undang-undang Ahli Persendirian bernama Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 seperti berikut:-
i. menggantikan Seksyen 2 dengan seksyen berikut:
2. Mahkamah Syariah akan mempunyai kuasa ke atas seseorang penganut agama Islam dan di dalam hal-hal kesalahan di bawah perkara-perkara yang disenaraikan di dalam Butiran 1 Senarai Negeri di bawah Jadual Kesembilan Undang-Undang Persekutuan. dan
ii. memasukkan selepas seksyen 2 dengan seksyen berikut:
2A. Dalam menjalankan undang-undang jenayah di bawah Seksyen 2 Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang disenaraikan di bawah seksyen yang disebutkan diatas, selain dari hukuman mati.
AUMDR26052016-2.PDF 
Yang jelas ialah :
1.RUU yang akan dibentangkan itu bukan undang-undang baharu tetapi hanya pindaan kepada undang-undang yang sedia ada.
2. Undang-undang ini hanya melibatkan umat Islam dan baharu diperingkat cadangan sahaja.
3. Seksyen 1 tidak terlibat dan bermaksud ianya tidak melibatkan negeri Sabah dan Sarawak.
Kita tidak terkejut apabila DAP secara automatik membantah dan ini menyerlahkan sikap rasis dan anti-Islam yang nyata. Bukan itu sahaja, isu ini memang sengaja digembar-gemburkan oleh DAP untuk menutup pelbagai skandal memalukan yang terpalik ke muka Lim Guan Eng dan kerajaan DAP negeri Pulau Pinang.

Kononnya, keputusan itu diambil bukan kerana sentimen agama tetapi demi ‘menjaga hak setiap rakyat Malaysia di bawah Perlembagaan Persekutuan’. Kita tahu taktik kotor DAP dan portal-portal ‘pro-pembangkang’ yang menggunakan perkataan ‘setiap rakyat Malaysia’ oleh DAP ini supaya menimbulkan rasa risau dan takut kaum bukan Islam di negara, kononnya mereka juga akan terlibat. 

Padahal, isu ini hanya melibatkan warganegara beragama Islam sahaja.

Dan amat malang apabila kepimpinan tertinggi parti-parti komponen Barisan Nasional turut melenting terikut-ikut dengan permainan parti rasis DAP sampai ada yang mengugut, satu tindakan yangchildish dan tak berfikir panjang.

Malah sudah ada parti komponen BN di Sabah yang turut melompat, padahal isu ini tidak melibatkan negeri Sarawak dan Sabah!
Kedudukan Parlimen Malaysia 
Kerana itu kita lebih berpendapat bahawa segala yang berlaku ini hanya sekadar wayang murahan DAP sahaja yang turut berjaya meracuni otak kepimpinan komponen BN untuk turut buat bising.

Kita faham muslihat DAP bertindak demikian kerana mereka tahu bahawa majoriti Melayu tidak akan mengundi parti chauvinis itu. Melayu ini termasuk mereka yang sebelum ini tertipu dengan adegan pakai kopiah, baju Melayu dan baju kurung kepimpinan tertinggi DAP.

Dengan menakut-nakutkan kaum bukan Islam terutamanya kaum Cina, parti DAP akan masih dapat sokongan untuk terus relevan dalam politik negara ini. Tetapi, parti-parti komponen BN?

Realitinya, kita semua menerima prinsip asas keluhuran Perlembagaan. Tetapi dalam masa yang sama, perlembagaan negara tidak meletak halangan penggunaan kepada penerimaan serta pemakaian prinsip agama Islam yang menjadi agama rasmi negara ini.

Tidak ada mana-mana klaus Perlembagaan yang secara total menolak sumber undang-undang Islam tetapi yang pastinya, agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan (Artikel 3). Dan dengan tiadanya peruntukan berkaitan sifat sekular dalam Perlembagaan, maka kita secara teorinya boleh berhujah bahawa Perlembagaan tidak menghalang penggunaan prinsip Islam yang boleh dimanafaatkan oleh rakyat.

Dalam masa yang sama, MiM berpendapat bahawa cadangan Rang Undang-undang patut dibahas, dikupas serta diperincikan secara profesional di dalam dewan Parlimen. Tiada salahnya jika Hadi Awang diberi ruang untuk membentangkan cadangan beliau.

Malah sebenarnya, jika cadangan RUU tersebut dibahaskan, Seksyen 2 dalam Akta 355 ini hanya boleh dipinda jika disokong oleh 2/3 ahli parlimen iaitu 148 daripada 222 ahli. Dan jika kita perhatikan, jumlah ahli Parlimen beragama Islam hanya 135 orang manakala hanya 86 orang adalah ahli Parlimen Barisan Nasional.

Anda buat matematik sendiri dan tentu akan faham bahawa segala polemik yang berlaku sekarang hanyalah gimik murahan DAP yang ambil kesempatan dan mahu tunjuk ‘Hero’. Itu sahaja dan what a shame!

Yang pastinya, ramai yang terkeliru atau dikelirukan dan diperbodohkan.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment