Ia bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru antara BN, PAS, PAN dan Bebas.
Wednesday, June 08, 2016
“Pada Parti Pembangkang…. Cukup-Cukuplah Fitnah Ibu” – Wan Emir Astar
KUALA KANGSAR : “Saya menafikan sekeras-keras dan
seterang-terangnya dakwaan ibu dipaksa untuk menjadi calon. Tidak wujud
sama sekali elemen paksaan dalam perlantikan ibu sebagai calon.. saya
adalah saksinya,” ujar anak sulung kepada calon Barisan Nasional (BN)
pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Mohd
Yazid.
Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 26, mahu mereka yang
tidak bertanggungjawab berhenti daripada terus membuat fitnah dan
menggunakan isu kononnya ibunya dipaksa untuk menjadi calon BN di PRK
ini.
“Pada parti pembangkang, cukup-cukuplah… memang kita sedang
berpolitik… berkempen, tetapi yang tidak benar itu tidak perlulah
digembar-gemburkan.
“Kadang-kadang dalam berkempen politik ini mereka lupa bahawa seorang
calon itu adalah seorang ibu, seorang manusia.. Kami empat beradik,
cukup tahu perasaan ibu dan semangat juangnya walau dalam kesedihan
tetap mahu meneruskan legasi papa.
“Itu adalah demi cinta kepada arwah papa dan kerana ibu sayangkan orang Kuala…,” ujarnya kepada media.
Tambah beliau, setelah pucuk pimpinan memberitahu bahawa Datin
Mastura dipilih sebagai calon, ibunya telah diberi masa untuk
mempertimbangkan perkara tersebut.
“Ibu mengajak anak-anak untuk duduk semeja dan bincang tentang
perkara ini. Maka empat beradik sepakat menyokong ibu untuk meneruskan
legasi arwah papa.
“Kami akan tetap menjadi tulang belakang dan kekuatan ibu. Sya yakin
ibu mampu menggalas tanggungjawab ini sekiranya ibu dipilih nanti,”
ujarnya lagi.
PRK Parlimen Kuala Kangsar akan diadakan pada 18 Jun ini berikutan
kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad
dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.
Ia bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru antara BN, PAS, PAN dan Bebas.
Parlimen Kuala Kangsar mempunyai 32,949 pengundi berdaftar terdiri
22,496 Melayu, Cina (7,757), India (2,287), Bumiputera Sarawak (16),
Bumiputera Sabah (13) dan Orang Asli (330).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment