Wednesday, June 08, 2016
Apa Hukum Berus Gigi Pada Bulan Puasa?
SHAH ALAM : Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memaklumkan
bahawa amalan bersugi sentiasa digalakkan tanpa mengira sama ada di
bulan Ramadan ataupun tidak.
Menurut Asri, walaupun terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa ubat gigi
pada masa kini tidak boleh digunakan kerana mempunyai rasa tertentu, ia
merupakan kenyataan yang tidak kukuh kerana kayu sugi pada zaman dahulu
juga turut mempunyai rasa yang tersendiri.
“Selagi mana ia tidak masuk ke dalam perut dengan sengaja maka ia tidak membatalkan puasa.
“Islam menggalakkan bersugi (berus gigi) kerana ia mengelakkan bau busuk
mulut seseorang,” katanya menerusi kemas kini status di laman sosial
Facebook nya hari ini.
Dalam pada itu, Asri memaklumkan bahawa walaupun terdapat sabda
Rasullullah yang mengatakan bau mulu orang berpuasa lebih harum di sisi
ALLAH, namun ia tidak bererti orang yang berpuasa itu disuruh untuk
membiarkan individu lain menghidu bau busuk dari mulutnya.
Ujar beliau, perkara ini akan menimbulkan perasaan tidak selesa kepada
masyarakat bukan Islam terhadap Muslim yang berpuasa pada bulan Ramadan
serta boleh menghilang gambaran keindahan agama ini.
“Maka pendapat yang menyuruh kita membiarkan bau busuk mulut semasa
berpuasa tidak begitu kukuh dari segi sifat semula jadi ataupun
naturality agama ini.
“Dengan menghormati perbezaan pendapat, namun realiti kehidupan yang mesra menolak pandangan tersebut,” katanya.
Oleh sebab demikian, Asri berharap agar masyarakat Muslim tidak
menjadikan faktor bau mulut sebagai penyebab kepada keresahan orang lain
terhadap individu yang berpuasa.
“Berpuasa dan bersugilah,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment