Wednesday, June 15, 2016

Lawak… Melihat Azmin ‘Potong Korner’ Di Sungai Besar

Mungkin ada yang tidak tahu…dalam politik ada istilah ‘potong korner’.Ini untuk yang bijak mencelah masuk bikin gempar curi perhatian setelah setelah lama ‘ tertinggal bas’.

Petang Selasa Timbalan Presiden PKR @ Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali menjadi tumpuan wartawan dan jurugambar ketika muncul untuk hadir Majlis Iftar Perdana anjuran Parti Amanah Negara (Amanah) di Parit 16, Sungai Panjang,Sungai Besar.

Apa yang nampak menarik dari sudut berita ialah ini kali pertama beliau jejak kaki ke kawasan tengah hangat kempen pilihanraya kecil di negeri yang ditabirnya itu sejak muncul tunjuk muka di pusat penamaan calon pada hari penamaan calon pada 5 Jun lalu.

Jangan lupa beliau beliau tidak hadir masa pengumuman nama calon Parti Amanah Negara (PAN) Azhar Abdul Shukur yang akan bertanding di Sungai Besar.

Alasan yang diberi oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail ialah Azmin sebagai Menteri Besar kena ‘ jaga keharmonian’ dalam pentabiran negeri.

Ini ada kaitan dengan kedudukan PAS dengan 13 Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk tiga Exco masih dalam pentabiran negeri itu.

Senario dalam congak politik di Selangor nampak tunggang terbalik gara-gara isu pilihanraya kecil di Sungai Besar.

Fokusnya tentulah Azmin nak letak kaki di sebelah mana pada PAN atau PAS yang telah mendokong lantikan beliau sebagai Menteri Besar semasa krisis ‘ Langkah Kajang’ tidak lama dulu.

Malah cacamarba ini telah mendorong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang turun padang kempen di Sungai Besar cabar kerajaan negeri Selangor pimpinan Azmin isytihar pendirian sokong PAN atau PAS.

Sebelum itu semua orang tahu cerita Azmin gagal dalam misinya nak pujuk PAS agar terima formula bertanding satu…satu yakni satu PAS di Kuala Kangsar dan satu Pakatan di Sungai Besar.

Cerita yang hangat berlegar ialah PKR yang asalnya hendk bertanding di Sungai Besar bukannya PAN …jika PAS terima formula yang diajukan.

Satu dunia tahu PAS bukan saja tolak mentah-mentah hajat Pakatan itu malah tidak mahu berunding langsung.

Maka pada hari penamaan calon kita menyaksikan PAS bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar dan PAN juga letak calon di dua tempat itu.

Juga jangan lupa..al kisahnya sewaktu kehangatan rundingan dengan PAS…Azmin dikatakan sudah set nak berkampong di Sungai Besar sepanjang kempen jika PKR bertanding.

Awal lagi beliau diihat tunjuk muka di kawasan pasar malam di Sungai Besar dengan berkain pelikat berbaju Melayu.

Sebab itu agak melucukan bila Azmin tampil dengan senyum simpul berucap di majlis iftar di Sungai Panjang kata beliau tidak perlu 'beriya-iya' untuk berkempen di kawasan itu.

Beliau memberi alasan, kerajaan Selangor telah banyak menabur jasa kepada rakyat kawasan itu sejak memegang tampuk pentadbiran negeri mulai tahun 2008 malah kerja keras tidak mesti dilakukan tatkakala menjelang pilihan raya saja.

Memperteguhkan lagi alasannya, Azmin berkata beliau juga mesti menghadiri Majlis Berbuka Puasa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama rakyat hampir setiap hari sejak 1 Ramadan.

"Disebabkan saya tidak turun berkempen, ramai bertanya, mana pergi Azmin? Maknanya dia tak sokong calon Pakatan Harapan?

"Saya tak perlu pulun sebab kita telah kerja sepanjang masa," katanya.

Ini membuatkan ada yang bertanya kalau sebelah petang dan malam tidak boleh turun kerana majlis berbuka puasa...kenapa tidak boleh muncul pada sebelah siang hari.

Mengulas mengenai calon Pakatan Harapan pada pilihanraya kecil itu, Azmin akhirnya ambil jalan selamat melafazkan sendiri sokongannya kepada calon PAN, Azhar Abdul Shukur dan mengucapkan selamat maju jaya kepada calon PAS, Dr Abdul Rani Osman.

Terdahulu, Abdul Rani juga mencuri perhatian bila hadir pada majlis berkenaan.

ADUN PAS Meru itu dakwa  beliau sengaja 'menerjah' program tersebut sebagai rakyat biasa untuk bertemu Menteri Besar.

“Saya datang sebagai rakyat yang nak bertemu Menteri Besar, tak salahkan?,” katanya

Apapun, kehadiran Abdul Rani dikatakan telah mencetuskan kontroversi sehingga ada pihak  tidak bertanggungjawab mendakwa Dewan Ulama PAS Selangor terpaksa mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan isu kehadiran beliau di majlis berkenaan.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor, Muhammad Najhan Halim bagaimanapun tampil menafikan perkara tersebut.

Apapun melihat jalan cerita kisah Azmin dalam konteks pilihanraya kecil Sungai Besar adalah tidak menghairankan pertemuan Menteri Besar itu dengan Azhar dan kemuculan mengejut Abdul Rani di Sungau Panjang diselubungi oleh senyum tawa dan tepuk tampar ‘politik’ untuk menutup bara dibawah. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment