Wednesday, June 08, 2016
Sendiri Mau Ingatlah.... Aktivis Fahmi Reza Ditahan Polis
KUALA LUMPUR : Aktivis Fahmi Reza ditahan polis ketika menyertai acara KL
Alternative Bookfest (KLAB) di Publika Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Fahmi ditahan bersama Penganjur KLAB, Pang Khee Teik, Aktivis Lew
Pik-Svonn dan artis komik, Arif Rafhan sekitar jam 7 malam sebelum
dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Sentul, di sini.
Dalam satu catatan Facebook, Fahmi berkata beliau ditahan untuk disoal
siasat kerana penjualan t-shirt yang didakwa berunsur menghasut.
"Lima atau enam pegawai polis datang ke gerai pameran. Mereka rampas kad
pengenalan, dua helai t-shirt Penghasut dari beg dan juga sepanduk
lukisan muka badut. Menurut pihak polis siasatan akan dilakukan di bawah
Akta Hasutan," katanya dalam catatan Facebooknya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy ketika dihubungi mengesahkan penahanan Fahmi.
Sebelum ini, Fahmi disoalsiasat kerana mengedarkan gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang menyerupai badut.
Beliau akan didakwa dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 pada minggu hadapan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment