Wednesday, June 08, 2016

Ahmad Bashah Ucap Terima Kasih Doakan Kesihatan Beliau – SUK Kedah

http://www.tv14.my/wp-content/uploads/2016/02/Ahmad-Bashah-MB-Kedah.jpg
GEORGE TOWN : Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama dan mendoakan kesihatan beliau hingga selesai menjalani pembedahan di bahagian usus semalam.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Bakar Din berkata perkembangan kesihatan menteri besar itu juga bertambah baik.

“Pakar perubatan akan buat keputusan (bila beliau boleh keluar dari ICU ke wad biasa), sekarang menteri besar kena rehat, kesihatan kena pulih dahulu.

“Urusan pentadbiran negeri macam biasa, pihak di Kedah akan jalankan,” katanya  selepas melawat Ahmad Bashah di Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini, hari ini.

Pada Isnin Ahmad Bashah dipindah ke HPP dari Kedah Medical Centre (KMC), Alor Setar berikutan hospital itu mempunyai kelengkapan yang lebih terkini.

Ahmad Bashah dirawat di KMC selepas beliau pitam ketika menghadiri mesyuarat dengan anggota dewan undangan negeri Barisan Nasional Kedah di Hotel Grand Alora, Alor Setar pada kira-kira 7 malam Sabtu lepas.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment