Wednesday, June 08, 2016
G25 takut RUU Hadi bakal jadi HUDUD... Apa Masalah Dia Ini Ya... Nama Saja Islam
Kumpulan Melayu yang dianggap liberal, G25 menyangkal dakwaan Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak bahawa usul pembentangan Rang
Undang-undang (RUU) anggota persendirian yang diserahkan oleh Presiden
PAS, Datuk Seri Abdul kononnya tiada kaitan dengan pelaksanaan hukum
hudud.
“Kami, anggota G25 tidak dapat menerima kenyataan perdana menteri dalam
sidang akhbarnya pada 27 Mei bahawa RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah)(Pindaan) 2016, yang turut digelar RUU Hadi, tiada langsung
kaitan dengan hudud,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sementara kumpulan itu mengakui secara teknikalnya RUU itu tidak
menyatakan apa-apa mengenai hudud, ia akan membolehkan mahkamah syariah
mengenakan hukuman yang lebih pelbagai selepas ini, kecuali hukuman
mati.
Hukuman tersebut mungkin termasuk 100 sebatan untuk kesalahan zina, atau
potong tangan kerana mencuri yang mana kedua-dua jenis hukuman itu
telah ditafsirkan sebagai hudud.
Pada 27 Mei yang lalu, PM Najib Razak mendakwa RUU Hadi hanya untuk
memperkasakan peranan mahkamah syariah dan tidak memfokus kepada
pelaksanaan hudud.
G25 berpendapat bahawa RUU Hadi tidak boleh dipandang ringan, namun
harus dilihat dalam konteks latar belakang negeri Kelantan yang ditadbir
oleh PAS yang telahpun mempunyai enakmen hudud negeri.
Walaupun negeri itu tidak melaksanakan hukuman atas kesalahan hudud
kerana mahkamah syariah masih tertakluk kepada had dalam hukuman seperti
yang dinyatakan dalam Akta 355.
G25 juga menyatakan jika RUU Hadi diluluskan, bukan sahaja Kelantan akan
melaksanakan hudud, malah negeri-negeri lain akan turut meluluskan
enakmen hudud masing-masing.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment