Wednesday, June 08, 2016
Laut China Selatan Panas Lagi... Washington vs Beijing
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry memberi amaran
kepada Beijing supaya tidak mewujudkan zon identifikasi pertahanan udara
(ADIZ) di Laut China Selatan.
Bercakap pada sidang akhbar di Ulan Bator semasa melawat Mongolia, Kerry
berkata, Washington menyifatkan kewujudan zon identifikasi itu sebagai
provokasi yang mengancam kestabilan rantau Asia Tenggara.
ADIZ mewajibkan pesawat awam melaporkan kehadirannya kepada tentera China semasa terbang di Laut China Selatan.
Kerry mengeluarkan amaran itu menjelang dialog AS-China di Beijing dan
selepas sebuah akhbar Hong Kong memetik sumber ketenteraan China sebagai
berkata, Beijing bercadang mewujudkan ADIZ sama seperti yang dilakukan
di Laut China Timur pada 2013.
China menuntut hampir semua Laut China Selatan terutamanya Kepulauan
Spratly yang turut dituntut oleh jirannya, Vietnam, Taiwan, Malaysia,
Brunei dan Filipina. Beijing memperkukuhkan tuntutannya di laut itu
dengan menambak pulau bagi membina kemudahan tentera.
Tindakan itu mendorong AS menghantar beberapa kapal perangnya belayar
menghampiri terumbu-terumbu karang yang dituntut oleh China sekali gus
menimbulkan kemarahan Beijing.
Tindakan lanjut AS di Laut China Selatan memberikan peluang baik untuk
Beijing mengisytiharkan ADIZ, kata sumber tentera China kepada akhbar
South China Morning Post minggu lalu.
Kerry menganggap kewujudan ADIZ akan meningkatkan ketegangan dan
kesangsian tentang komitmen China untuk mengendalikan isu ian tuntutan
bertindih di Laut China Selatan secara diplomasi.
Pada bulan lalu, Setiausaha Pertahanan AS, Ashton Carter menuduh Beijing
membuat tuntutan maritim melampau di laut itu dan bercanggah dengan
undang-undang antarabangsa.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment