Monday, June 06, 2016
Kertas Siasatan Banglo Guan Eng Dikembalikan Kepada SPRM
Jabatan Peguam Negara hari ini mengembalikan
kertas siasatan banglo Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membolehkan agensi
itu menjalankan siasatan lanjut untuk melengkapkan siasatan.
Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam kenyataan media
berkata, selepas meneliti keseluruhan keterangan di dalam kertas
siasatan tersebut, jabatan mendapati terdapat beberapa tindakan yang
perlu disiasat lanjut bagi melengkapkan siasatan kes itu.
Beliau berkata, pihaknya menerima kertas siasatan penjualan banglo di
Jalan Pinhorn, Pulau Pinang kepada Lim itu daripada SPRM pada 26 Mei
lepas.
“Oleh itu, Jabatan ini telah pada hari ini mengembalikan kertas
siasatan tersebut untuk membolehkan pihak SPRM melaksanakan siasatan
lanjut bagi melengkapkan siasatan. Jabatan ini juga telah mengarahkan
agar kertas siasatan tersebut dikembalikan dalam masa terdekat,”
katanya.
Pada 6 Mei lepas, Guan Eng dan isterinya Betty Chew diminta memberi
keterangan di pejabat SPRM berhubung siasatan pembelian banglo oleh Lim
di Jalan Pinhorn dan penjualan tanah di Taman Manggis, Jalan Zainal
Abidin.
Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkan
isu itu pada persidangan Dewan Rakyat bahawa harga banglo itu dibeli di
bawah nilai pasaran.
Juga didakwa bahawa pembelian banglo itu ada kaitan dengan penjualan
tanah di Taman Manggis yang pada asalnya diperuntukkan untuk pembinaan
Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment