Wednesday, June 08, 2016

Buruknya Perangai PAN Ini..... PRK Sungai Besar : Bukan Nak Gaduh, Amanah Bidas ‘Minda’ PAS

SUNGAI BESAR : Parti Amanah Negara (Amanah) membidas pemikiran PAS yang menganggap keputusan parti itu meletakkan calonnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai tidak menghormati kerusi tradisi mereka.

Pengarah komunikasinya Khalid Samad berkata, keputusan Amanah meletakkan calon di dua kawasan itu bukan bertujuan untuk bergaduh dengan PAS, sebaliknya dibuat dengan agenda yang lebih besar.

“Ini bukan soal Amanah nak gaduh dengan PAS. PAS letak calon, Amanah pun turun nak lawan PAS, tidak.

“Soal gaduh Amanah dengan PAS itu soal kecil, itu hanya dalam minda PAS yang kata kita letak calon ini kerana PAS letak calon, tak ada kaitan pun dengan PAS,” katanya kepada pemberita di Pejabat Amanah Sungai Besar di sini, Isnin.

Khalid berkata, keputusan tersebut dibuat dengan persetujuan bersama Pakatan Harapan dan bermatlamat memperkenalkan sebuah lagi gabungan parti pembangkang kepada rakyat.

"Kita melihat ada agenda yang lebih besar iaitu untuk menonjol dan memperkenalkan Pakatan Harapan sebagai pakatan baharu setelah Pakatan Rakyat dimusnahkan.

“Orang kata sudah tak ada harapan nak lawan dan jatuhkan Barisan Nasional (BN), parti pembangkang dah berpecah dan sebagainya, jadi kita nak zahirkan wujudnya gabungan parti pembangkang yang boleh mencabar BN,” katanya.

Khalid berkata, kehadiran Amanah di Sungai Besar mempunyai kaitan dengan ‘tagline’ pilihan raya yang baharu diperkenalkan pada sidang media yang sama iaitu ‘Bebaskan Rakyat, Selamatkan Malaysia’.

Katanya, Amanah mahu menyampaikan mesej kepada masyarakat dan pengundi bahawa parti ini wujud dan dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

“Ini soal kita nak rakyat tahu Pakatan Harapan, satu pakatan yang baharu, yang satu-satunya mempunyai kemampuan dan kapasiti untuk membebaskan dan selamatkan rakyat,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, walaupun berlaku pertembungan lebih dari dua penjuru di Sungai Besar dan Kuala Kangsar tetapi ia sebenarnya satu pertarungan untuk melawan BN.

Katanya, dalam mencapai matlamat tersebut, hanya Pakatan Harapan sahaja yang mampu menumbangkan BN.

“Parti lain tidak mampu sama ada dari segi jumlah kerusi yang ditandingi, atau jumlah kerusi yang mampu dimenangi.

"Mereka tiada kemampuan untuk menolak BN dan tidak dapat membentuk kerajaan secara bersendirian tanpa undi berpasukan,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment