Monday, June 13, 2016

Mahathir Terus Mengungkapkan Kata-Kata Dusta Dan Nistanya Untuk Memburukkan DS Najib

Sebuah restoran Cina di Jalan Gereja bandar lama Sekinchan, Mahathir dengan egonya memulakan pembohongan dalam ucapannya apabila menghamburkan ayat yang keluar yg masih tidak berubah, berbohong dengan isu-isu dikitar semula seolah isu berkenaan masih lagi relevan.

Berlegar dengan isu 1MDB, isu dana politik 2.6 bilion, isu yg menuduh PM dan keluarga bermewah dengan wang negara, tidak sedikit pun mempedulikan rakyat dan isu beban hutang negara.

Semua ini adalah sengaja direka dalam siri pembohongan Mahathir yang amat jijik, keji dan memualkan. . Semuanya sudah dibuktikan bahawa apa yang Mahathir dakwa dan fitnah adalah konspirasi jahat untuk menjatuhkan PM Najib.

Rakyat khususnya orang Melayu sedar dan sudah mengetahui siapa Mahathir kerana kekejian Mahathir, mantan Perdana Menteri Malaysia yang memegang kuasa selama 22 tahun. Adakah anak-anak Mahathir serta pinak pinaknya miskin melarat? Atau antara terkaya di dunia? Malah, persoalan kekayaan milik Mahathir RM1 trilion masih tidak terjawab.

Memang benar apa yang ulama nyatakan. Bila lidah sentiasa basah dengan berzikir maka yang keluar dari mulut insan tersebut adalah ayat-ayat Allah. Tetapi kalau lidah sentiasa berbohong. Bulan Ramadhan atau tidak, beliau akan kekal berbohong hingga akhir hayat.
مُقْتَضَى هَذَا الْحَدِيثِ أَنَّ مَنْ فَعَلَ مَا ذُكِرَ لَا يُثَابُ عَلَى صِيَامِهِ ، وَمَعْنَاهُ أَنَّ ثَوَاب الصِّيَام لَا يَقُومُ فِي الْمُوَازَنَةِ بِإِثْم الزُّور وَمَا ذُكِرَ مَعَهُ

“siapa saja yang melakukan dusta yang telah disebutkan, balasan puasanya tidak diberikan. Pahala puasa tidak ditimbang dalam timbangan kerana telah bercampur dengan dusta dan yang disebutkan bersamanya.” (Fath Al-Bari, 4: 117)

Al-Baidhawi menyatakan,

لَيْسَ الْمَقْصُود مِنْ شَرْعِيَّةِ الصَّوْمِ نَفْس الْجُوعِ وَالْعَطَشِ ، بَلْ مَا يَتْبَعُهُ مِنْ كَسْرِ الشَّهَوَات وَتَطْوِيعِ النَّفْسِ الْأَمَّارَةِ لِلنَّفْسِ الْمُطْمَئِنَّةِ ، فَإِذَا لَمْ يَحْصُلْ ذَلِكَ لَا يَنْظُرُ اللَّه إِلَيْهِ نَظَر الْقَبُولِ

“Bukanlah maksud syari’at puasa adalah menahan lapar dan dahaga saja. Dalam puasa haruslah menjaga syahwat dan mengurus jiwa agar memiliki hati yang tenang. Jika tidak mampu melakukan seperti itu, maka Allah tidaklah menerima puasa tersebut.” (Fath Al-Bari, 4: 117)

Betapa sinisnya semasa Mahathir berucap di hadapan kira-kira 300 orang yang rata-ratanya adalah ahli DAP Sekinchan, beliau tidak segan silu bercerita kononnya anak-anak PM Najib hidup mewah. Beliau juga dengan muka tebal berbohong tentang PM tidak berbuat apa-apa kepada rakyat Malaysia kerana hutang yang banyak. Perlukah dijelaskan apa yang Kerajaan BN buat dengan hasil cukai negara? Mahathir kekal pelupa dan kenyanyukkan.

Jika kita fahami 2 hadis yang lazimnya kita dengar apabila menjelang bulan yang mulia ini. Namun bagi Mahathir, beliau merasakan berbohong ini sebahagian dari amalan mulia beliau ke alam seterusnya. Nauzubillah.

Lagipun Mahathir dengan sunnah Nabi saw ini sentiasa berbeza tafsirannya. Mahathir lebih ulama dari ulama yang ada.

Calon PAN dan DAP senyum meleret, dengan calon tandatangan deklarasi menipu tandatangan, Mahathir terus nyata sokongan kepada PAN. Yang datang dan berpuasa tapi mengiyakan pembohongan Mahathir, tanya-tanyalah ustaz, dapat lapar dan dahaga atau dapat rahmat Allah swt hari ini.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment