Wednesday, June 08, 2016
Mat Sabu Ajak Ahli PAS 'Main Kayu Tiga' Dalam Pilihanraya Kecil...
Lokasinya di Sayong Lembah yang terletak di seberang Sungai Perak
mengadap ke bandar Kuala Kangsar.Waktu itu sudah hampir 10.30 Isnin
malam.Petugas Parti Amanah Negara (PAN) kelihatan gelisah kerana
Presiden mereka sudah sampai untuk beri ceramah di pekarangan sebuah
rumah di situ.
Namun jumlah orang yang hadir tidak ramai.Kebanyakan dari sekitar 100
orang di situ adalah wartawan dan jurugambar serta petugas parti.Orang
kampong boleh dibilang dengan jari.
Ini pula adalah ceramah kempen Mat Sabu yang pertama di Kuala Kangsar
selepas penamaan calon pilihanraya kecil Kuala Kangsar semalam Ahad.
Jumlah kehadiran di ceramah Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang di Sayong Lembah pada malam itu jauh lebih ramai.
Para petugas PAN sudah jenuh menghebohkan mengenai ceramah itu di media sosial dan edaran risalah serata tempat.
Jika diukur dari segi perang pengaruh yang sengit dengan PAS sekarang
senario di ceramah itu tentu boleh menconteng arang di muka PAN.
Namun Mat Sabu tetap Mat Sabu.Beliau buat kering berceramah seolah ada ribuan orang di depannya.
Apa yang agak menarik bekas Timbalan Presiden PAS ini mengambil pendekatan yang berbeza sikit.
Kalau kebelakangan ini kerap menyindir pimpinan PAS termasuk isu pakai
pakaian pendekar Melayu dan keris panjang di Muktamar PAS di Kota Bharu
minggu lalu,Mat Sabu mengimbas kembali kehebatan bekas partinya
khususnya ketika bersama Pakatan Rakyat dulu.
Katanya dengan dokongan undi bukan Melayu PAS bersama Pakatan hampir berjaya gugat BN pada pilihanraya umum 2008.
Presiden PAN itu akui PAS adalah sebuah parti yang kuat sekalipun ia bersendirian.
Cuma ia tidak boleh menang pilihanraya kalau terus berdiri atas kakinya sendiri.
Beliau akui PAN pun tidak boleh menang pilihanraya jika sendiri.
Mat Sabu kata beliau bercakap atas status sebagai bekas Timbalan Presiden PAS ' yang tahu cerita' dan bukan sebarangan orang.
Rupanya beliau ada 'hajat besar' main sentimen ini.
Dan...tanpa segan silu,Mat Sabu menyeru ahli-ahli PAS agar 'main kayu tiga'.
Katanya mereka boleh terus kekal dalam PAS...tapi tolong undi PAN dalam pilihanraya kecil ini.
Menurutnya ini saja cara untuk kalahkan BN.
Nampak macam Mat Sabu terdesak benar dalam hajatnya untuk menang pilihanraya kecil di Kuala Kangsar dan Sungai Besar.
Sebabnya cukup jelas.Lojiknya mana PAN nak sorok muka hingga ke
pilihanraya umum ke 14 jika ia bukan saja kalah pada pilihanraya kecil
ini tetapi juga dapat undi kurang dari PAS.
Pilihanraya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar dijangka adalah
pilihanraya kecil terakhir dalam penggal Parlimen ini jika tidak berlaku
kekosongan kerusi Parlimen atas apa sebab sekalipun termasuk kematian
Ahli Parlimen sebelum 24 Jun ini.
Ini kerana waktu itu yakni tarikh Dewan Rakyat mula bersidang selepas
pilihanraya umum ke 13 lalu ialah 'tempoh edah' berkuatkuasa dimana
pilihanraya kecil tidak perlu diadakan lagi hinggalah ke pilihanraya
umum ke 14.
Semua orang tahu DAP dan PKR menaruh harapan besar PAN dapat ganti
peranan PAS tarik undi Melayu dan sekaligus buktikan PAS sudah hilang
sengat tak kemana tanpa dokongan mereka.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment