Wednesday, June 08, 2016

Naik Meroyanlah Si TOKONG Ni..... Kerajaan DAP Diminta Perjelas Siapa Pemegang Saham CZBUCG?

Kerajaan DAP Pulau Pinang menjelaskan mengenai struktur pemegang saham semasa Consortium Zenith BUCG Sdn Bhd (CZBUCG), syarikat yang dianugerahkan untuk membina terowong dasar laut di negeri ini.

Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan berkata berdasarkan semakan yang dibuat oleh pihaknya pada bulan lepas mendapati pemegang saham semasa CZBUCG adalah berbeza dengan permohonan proses Permintaan Cadangan (RFP) mereka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan bukti terbaharu itu kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang di sini hari ini.

Huan berkata pada Mac 2013, kerajaan DAP Pulau Pinang menyerahkan pembinaan projek bernilai RM6.3 bilion itu kepada CZBUCG, iaitu syarikat tujuan khas yang dibentuk daripada lima syarikat - Zenith Construction Sdn Bhd, China Railway Construction, Beijing Urban Construction Group (BUCG), Sri Tinggi Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd.

Katanya dua syarikat iaitu Zenith Construction Sdn Bhd dan China Railway Construction memegang keseluruhan 70 peratus ekuiti, manakala BUCG, Sri Tinggi Sdn Bhd dan Juteras Sdn Bhd masing-masing memiliki 10 peratus.

Huan berkata namun semakan dibuat oleh pihaknya pada bulan lepas mendapati Zenith Construction Sdn Bhd merupakan pemegang saham terbesar (99.13 peratus ekuiti), BUCG (0.0057 peratus) dan Juteras Sdn Bhd (0.863 peratus).

"Bukan sahaja BUCG memegang saham paling sikit hanya sebanyak 0.0057 peratus sahaja tetapi China Railway Construction dilihat langsung hilang sebagai pemegang saham. Struktur pemegang saham semasa CZBUCG jelas amat berbeza dengan cadangan RFP mereka dan apa yang kerajaan Pulau Pinang katakan pada ketika itu.

"Saya juga dengan rendah diri meminta Duta China di Malaysia untuk menjelaskan apa yang berlaku kepada dua syarikat yang mempunyai majoriti saham dalam bidaan untuk pembinaan projek terowong dasar laut ini," katanya.

Huan berkata kerajaan negeri pimpinan DAP perlu memberi penjelasan jika terdapat perlanggaran terma yang dipersetujui ketika proses RFP bagi pembinaan projek mega itu.

Beliau berkata pendedahan bukti terbaharu itu diharap dapat membantu SPRM dalam siasatan berhubung perkara itu.

Pada 3 Jun lepas, Huan membuat laporan kepada SPRM susulan beberapa pendedahan mengenai kos kajian pembinaan terowong dasar laut yang didakwa mengandungi elemen mencurigakan.

Projek pembinaan terowong yang menghubungkan Persiaran Gurney di pulau dengan Bagan Ajam di tanah besar merupakan satu daripada empat fasa pelan jangka panjang bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang agak kronik di Pulau Pinang.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment