Monday, June 06, 2016
#PRKKualaKangsar : Anak Mastura Mahu Temui Seramai Mungkin Pengundi
Anak kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, mahu bertemu seramai
mungkin pengundi untuk menyampaikan salam dan hasrat ibunya Datin
Mastura Mohd Yazid.
Wan Emir Astar yang juga anak sulung Mastura berkata, dia dan tiga
adiknya mahu menyampaikan kepada pengundi keazaman ibu mereka untuk
menyambung tugas dan khidmat bapa, Allahyarham Datuk Wan Mohammad
Khair-il Anuar Wan Ahmad di kawasan Parlimen itu.
“Mak hanya mahu menyambung kesinambungan papa sebab mak dah cukup
rapat dengan papa dan karier politik papa. Mak mahu teruskan hasrat dan
visi arwah papa,” katanya kepada pemberita selepas melawat Bilik Gerakan
BN di Safari Resort di sini, sebentar tadi.
Turut hadir, dua adiknya, Wan Iskandar, 23, dan Wan Muhammad Amar, 19.
Wan Emir Astar berkata, beliau akan membabitkan diri dalam program bertemu pengundi termasuk di bazar Ramadan.
“Saya akan rujuk balik pengalaman saya bersama arwah papa macam mana
dia buat aktiviti dan pergerakan dia ketika Ramadan,” katanya.
Ditanya mengenai dakwaan kelibat mereka di khalayak ramai termasuk
ketika ke masjid seperti dikawal individu tertentu, beliau berkata,
dakwaan itu hanya spekulasi dan mereka bergaul dengan jemaah seperti
biasa.
“Tak ada pengawal, memang tak ada kiri kanan, kalau ada orang kata
begitu, itu bukanlah situasi kami sebagai anak rasakan sebab kami memang
sudah biasa, walaupun dalam kempen pilihan raya bagi kami ia seperti
hari biasa termasuk ketika Ramadan,” katanya.
Ditanya kemungkinan ada unsur sabotaj selepas ibu mereka dipilih
sebagai calon, beliau berkata, mereka adik-beradik tidak melihat perkara
itu berlaku.
“Kami cukup fokus, nampak jentera parti semua bertungkus-lumus bantu jentera untuk pastikan kemenangan pihak kami,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment