Demikian luah Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa ketika mengulas tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir ketika berucap membantu Pakatan Harapan berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar, hari ini.
Soalnya, adakah Mahathir tidak sedar bahawa ketua Umno bahagian ini pernah bekerja bersamanya dan menentang individu yang berhaluan kiri sewaktu beliau menjawat jawatan presiden Umno.
"Lebih 30 tahun saya membela Tun (Mahathir) sebelum ini. Adakah kerana saya makan dedak? Adakah kami, ketua-ketua bahagian kaya? Apa yang disogokkan kepada kami?
"Saya duka cita diantuduh kamindi hadapan orang bukan Melayu, di bulan yang mulia ini. Kami berkorban dengan macam-macam cara ketika bersamanya," katanya ketika ditemui di Kampung Lempor, hari ini.
Beliau berkata, Umno bahagian ini jugalah yang bekerja membantu beliau berjaya sebagai perdana menteri keempat.
"Saya rasa cukuplah. Tun naik sebelum ini kerana kami-kami ini yang berjuang.
"Kami tidak ikut Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah. Kami tak ikut Tun Musa Hitam. Kami tidak ikut Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sokongan kami hanya pada presiden. Sama juga seperti hari ini," katanya.
Katanya, apa yang dilakukan oleh Mahathir itu tidak menunjukkan sebarang keikhlasan melainkan hanya ingin melunaskan dendam terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya juga merasa hairan mengapa Tun boleh bekerjasama dengan Dap dan Amanah (Parti Amanah Negara).
"Amanah itu sendiri tidak amanah kerana berpaling tadah, berhenti separuh jalan ketika bersama Pas," katanya.
Mahathir dijadualkan akan membantu Pakatan Harapan berkempen di Kuala Kangsar, esok dalam misi untuk menjatuhkan Najib sebagai Perdana Menteri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment