Wednesday, June 08, 2016

Berehatlah..... Asalkan BN Boleh Kalah, Tun M Sanggup Turun Kempen Walau Tak Sihat

Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan akan turun berkempen membantu calon pembangkang PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar untuk mengalahkan BN. 

Bekas perdana menteri itu berkata beliau hanya akan membantu calon PRK yang menyokong Deklarasi Rakyat. “Saya tidak mewakili mana-mana parti. Bukan PAS, bukan AMANAH dan bukan UMNO. “Ini kerana UMNO bukan lagi parti UMNO, Bukan lagi parti Melayu. Yang ada hanyalah parti Najib. 

“Tapi saya hanya akan bantu calon yang sokong Deklarasi Rakyat. Yang lain-lain saya tidak terlibat,” katanya pada sidang media selepas Majlis pelancaran buku ‘Perjuangan Tanpa Noktah & The Misunderstood Man’ di Saloma Bistro semalam. 

Bagaimanapun kehadiran beliau untuk berkempen di kedua-dua PRK itu nanti bergantung pada keadaan kesihatannya. “Saya akan pergi kempen PRK sekiranya saya tidak ‘batuk’ (dalam keadaan sihat),” katanya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment