Monday, June 06, 2016
Pedulikan Pergeseran Pas Dan PAN, UMNO Fokus Pastikan Kemenangan Dalam PRK
KUALA KANGSAR : UMNO terus menggerakkan jenteranya untuk
bekerja bersungguh-sungguh serta memberikan kerjasama yang lebih erat di
kalangan kompenan Barisan Nasional (BN) demi memastikan kemenangan
calonnya, dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang akan berlangsung 18 Jun
ini.
Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Saudara Hairul Anwar Mohamed Noor
berkata, “kita pedulikan apa yang berlaku dalam pakatan pembangkang,
mereka musuh politik kita. Pas kutuk PAN, PAN maki Pas, itu semua
adalah agenda mereka untuk memastikan calon mereka mendapat sokongan
khususnya dari kalangan ahli Pas itu sendiri.
“Rakyat
pun dah tahu siapa yang perlu dipilih, BN sendiri tidak ada masalah
dalam menentukan siapa calon yang akan mewakili BN dalam PRK ini.
Kalau kita melihat kepada parti PAN atau Pas sendiri yang asalnya dari
satu parti tetapi kini dah bercelaru dan mula kutuk mengutuk antara
mereka.”
Jelasnya, jika dengan cara sebegini mahu diangkat sebagai calon atau
wakil rakyat maka tentunya yang akan rugi adalah rakyat di Kuala
Kangsar.
“Saya berharap kepada seluruh jentera Pemuda BN agar gunakan
kesempatan yang ada ini dengan keluar untuk berjumpa pengundi muda lebih
awal kerana kita mengharapkan kemenangan yang lebih besar dari PRU-13
yang lalu.
“Kalau dulu kita menang majoriti 1,082 undi, kita harap dan kita
jangkakan akan menang dengan majoriti yang lebih dari dulu,” ujarnya
yang juga Pengerusi Pemuda BN negeri Perak.
Tambahnya, kemelut dan pergeseran dalam pakatan pembangkang ini
bukanlah satu keselesaan dalam memberi kemenangan kepada BN, sebaliknya
perlu berhati-hati dengan ‘sandiwara’ mereka.
“Mungkin apa yang berlaku ini ada agenda di sebaliknya. Mereka
mungkin akan menampakkan bermasalah di hadapan media atau ketika dengan
rakyat tetapi siapa tahu jika mereka berjumpa balik secara senyap.
“Kita jangan tergoda dengan agenda mereka, teruskan komitmen kerja
berpasukan kita untuk membantu memberikan kemenangan kepada calon kita
pada 18 Jun ini,” ujarnya lagi.
PRK Kuala Kangsar Perak menyaksikan pertembungan empat penjuru antara
calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid dengan PAS, Parti Amanah Negara
(PAN) dan Bebas.
Pengundian awal bagi PRK Kuala Kangsar adalah pada 14 Jun dan hari pembuangan undi pada 18 Jun.
PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya
Allahyarham Datuk Wan Khair-il Wan Ahmad dalam insiden nahas helikopter 5
Mei lalu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment