Monday, June 06, 2016
Siasatan Kes Kematian Menantu TPM Sedang Dijalankan – Dr Subramaniam
Siasatan terhadap kes menantu Timbalan Perdana
Menteri, Datuk Syed Alman Zain Syed Alwi yang meninggal dunia susulan
rawatan di sebuah klinik pergigian di Bangsar semalam, sedang dijalankan
bagi mengenal pasti punca kematian.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata masih terlalu
awal untuk mengenal pasti punca kematian dan beliau berharap orang ramai
tidak membuat sebarang spekulasi.
“Siasatan sudah bermula semalam, buat masa ini masih terlalu awal
untuk membuat sebarang kesimpulan,” katanya selepas merasmikan
Persidangan dan Pameran Penjagaan Kesihatan Antarabangsa Malaysia 2016
di sini, hari ini.
Syed Alman Zain, 44, suami kepada anak sulung Datuk Seri Dr Ahmad
Zahid Hamidi, Datuk Nurulhidayah, meninggal dunia susulan rawatan gigi
di Bangsar semalam.
Allahyarham dilaporkan pergi ke klinik pada kira-kira pukul 6 petang
semalam untuk mendapatkan rawatan gigi bersama seorang rakannya sebelum
tidak sedarkan diri.
Menurut seorang anggota keluarga, Allahyarham kemudian dikejarkan ke
Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan disahkan meninggal dunia.
Sementara itu, Dr Subramaniam berkata kementeriannya sedang mencari
formula ke arah memperbaiki perkhidmatan kesihatan di hospital swasta di
seluruh negara, termasuk dalam soal memantau dan mengawal kadar caj
kepada pesakit.
Beliau berkata kementerian sedang mengkaji pelaksanaan sistem audit yang sama seperti dilakukan di hospital kerajaan.
Katanya ini penting supaya hanya kadar caj yang munasabah yang bersesuaian dengan penyakit sahaja yang dikenakan kepada pesakit.
“Ada sesetengah hospital swasta yang menggunakan imbasan MRI kepada
pesakit sedangkan masalah itu boleh diselesaikan dengan hanya
menggunakan CT Scan yang lebih murah,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment