Wednesday, June 08, 2016
Calon PAN, Ceramah 5 Minit Kerana Hanya 50 Orang Sahaja Yang Hadir
Bukanlah isu baharu parti politik khasnya pembangkang meletakkan orang
luar sebagai calon dalam pilihan raya kerana itu bukan pun satu
kesalahan yang boleh melucutkan kelayakan bertanding.
Kecuali Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang ‘istiqamah’ di kerusi
Marang, sebutlah siapa sahaja nama tokoh pembangkang terkenal antaranya
Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang
sendiri.
Mereka tetap menang selesa serta diterima majoriti pengundi waima
berstatus bukan anak tempatan dan menetap di luar kawasan apatah lagi
jarang ‘turun padang’ bertemu dengan rakyat kerana itu bukan isu besar
mana pun.
Ironi, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan
keanehan tersendiri apabila isu status calon Parti Amanah Negara (PAN),
Ahmad Termizi Ramli bukan pengundi di situ menjadi bahan perbualan ramai
pihak.
Mungkin menyedari perkara tersebut dijadikan polemik, saintis nuklear
yang pernah menyokong projek kontroversi Lynas di Pahang itu cuba
memberi alasan remeh kenapa dia terpaksa menjadi pengundi di Shah Alam,
Selangor.
Dalam ceramah anjuran PAN di Kampung Sayong Lembah di sini lewat Isnin,
Ahmad Termizi mendakwa beliau berbuat demikian kerana mahu memberi
sokongan kepada rakannya, Khalid Samad menjadi ahli parlimen di situ.
Anehnya dalam ceramah beliau yang hanya lima minit bermula pukul 11.01
malam dan cuma dihadiri 50 orang itu; sebahagian besar ialah petugas
media, Ahmad Termizi dilihat cuba mengelak menjawab isu tersebut secara
tuntas.
Dengan berselindung di sebalik latar belakang dilahirkan di Suak Petai,
Manong di sini dan ada ramai saudara mara di Kuala Kangsar, Ahmad
Termizi malah menempelak portal-portal pro-BN yang konon sengaja
memainkan isu itu.
Beliau mendakwa kemudian terpaksa pula menjadi pengundi di Gelang Patah,
Johor apabila diarahkan oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia
bertugas di kampus induknya di Skudai dari kampus Jalan Semarak, Kuala
Lumpur.
Untuk rekod, Ahmad Termizi berpindah ke Johor setelah ‘naik pangkat’
kepada profesor gred B pada 2013 daripada gred C yang lama disandangnya
sejak 1997 sekali gus beliau mendakwa mengundi Kit Siang di kerusi
Gelang Patah.
Pengakuan jujurnya tersebut menunjukkan ahli panel Kementerian Sains,
Teknologi dan Inovasi yang memantau operasi loji Lynas itu; mampu
menukar segera alamat kad pengenalannya daripada Shah Alam kepada Gelang
Patah.
Lucunya Ahmad Termizi tidak pula menjelaskan kenapa tidak segera menukar
alamat Mykad kepada Bandar Diraja Perak itu selepas menyertai PAN pada
tahun lalu bahkan dilantik menjadi Naib Ketua PAN Kawasan Kuala Kangsar.
Ini bukan zaman kad pengenalan plastik, malah jika enggan menukar alamat
kerana ada nilai sentimental, Jabatan Pendaftaran Negara membenarkan
individu meminda butiran diri hanya dalam mikrocip termasuk alamat
baharu.
Perkara ini sering dilakukan penyokong ‘totok’ pembangkang kerana
‘sayang’ mengubah alamat tertera di Mykad, namun ketika pilihan raya,
mereka balik mengundi di kampung halaman berdasarkan butiran dalam
mikrocip itu.
Kegagalan Ahmad Termizi berbuat demikian menyaksikan beliau selain calon
PAS, Najihatussalehah Ahmad dan wakil bebas, Izat Bukhary Ismail
Bukhary hanya mampu ‘tengok’ lebih 30,000 orang mengundi pada 18 Jun
depan.
Ini bermakna cuma calon BN, Datin Mastura Mohd. Yazid; waima orang luar
namun sudah 27 tahun menetap dan memakai alamat Mykad di Kuala Kangsar;
dapat merasai pengalaman membuang undi kelak.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment