Wednesday, June 08, 2016
Pindaan Akta 355 Mahkamah Syariah – Pembangkang Jangan Perbodohkan Diri Sendiri
KUALA LUMPUR : Bekas Aktivis pembangkang, Ustaz Reeza Kamarudin
berkata pembangkang terutama Dap tidak seharusnya ‘memperbodohkan’ diri
mereka dengan isu yang sebegitu mudah berhubung Rang Undang-Undang
Persendirian yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul
Hadi Awang di Parlimen baru-baru ini.
Serentak itu beliau turut menyarankan agar mana-mana pihak tidak
terus mengelirukan masyarakat umum khususnya kalangan bukan Islam di
negara ini kerana Akta 355 hanyalah sekadar pindaan untuk terus
memperkasakan lagi Mahkamah Syariah dan ianya tidak ada kaitan dengan
hukuman Hudud.
“Pembangkang
terutama Dap akan terus cuba mengelirukan masyarakat umum berhubung
Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Mahkamah Syariah dengan hukum Hudud
khususnya dalam usaha menakut-nakutkan pengundi Cina menjelangnya
pilihan raya kecil Parlimen Sungai Besar dan juga Kuala Kangsar. Itulah
taktik lapuk mereka.
“Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355)
adalah untuk memperkasa Mahkamah Syariah yang ketika ini dibataskan
kuasa hukuman kepada kadar maksimum penjara 3 tahun, denda RM5,000, enam
kali sebatan syar’ie. Kali terakhir dipinda pada tahun 1984 peningkatan
dari penjara 6 bulan dan denda RM1000.
“Jangan sesekali kelirukan soal ini kerana jelas ianya pindaan kepada
sedia ada. Tiada kaitan dengan hudud. Inilah taktik lapuk Dap dan kita
berharap masyarakat bukan Islam tidak terkeliru dengan dakyah serta
tohmahan ini,“katanya.
Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menegaskan pindaan kepada
Akta berkenaan tidak ada kaitan langsung dengan masyarakat bukan Islam
dan sewajarnya mereka tidak perlu melatah dengan tohmahan oleh mana-mana
pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap isu berkenaan.
“Memetik kepada apa yang dijelaskan oleh Dr Asyraf Wajdi baru-baru
ini , jelas Akta 355 tiada perkaitan dengan pelaksanaan hukum Hudud.
Pelaksanaan Hudud hanya berkait rapat dengan pindaan kepada Perlembagaan
Persekutuan.
“Jadi sekali lagi kepada masyarakat bukan Islam, jangan terkeliru
dengan perkara pokok dalam isu ini. Apa yang dibentangkan adalah untuk
meminda Akta sedia ada. Itu sahaja dan ianya adalah untuk umat Islam
semata-mata.“katanya.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri
menjelaskan kekeliruan berhubung Rang Undang-Undang (RUU) persendirian
yang dibawa oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
bukannya undang-undang hudud.
Perdana Menteri berkata pindaan RUU Kanun Jenayah Syariah bukan
undang-undang hudud tapi ia hanya bagi menaiktaraf status Mahkamah
Syariah berkaitan hukuman yang dikenakan kepada pesalah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment