Wednesday, June 08, 2016
#PRKSgBesar : Budiman Mahu Jumpa 40,000 Pengundi
Dalam
sehari, Budiman Mohd. Zohdi melawat sekurang-kurangnya 100 tempat
sepanjang kempen pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar yang memasuki
hari keempat ini.
Menurutnya, beliau menyasarkan berjumpa dengan 3,000 pengundi sehari
supaya jumlah keseluruhan pengundi lebih 40,000 orang dapat ditemuinya
dalam tempoh 13 hari berkempen.
“Pada sebelah pagi, saya lawat 60 tempat dan petang, 40 tempat.
“Sebelah malam pula, selain lawatan, saya pergi ke dua masjid. Satu untuk berbuka, satu lagi solat tarawih,” katanya.
Calon Barisan Nasional (BN) bagi PRK Parlimen Sungai Besar itu
ditemui selepas melawat Pusat Operasi Pasukan Sukarelawan Malaysia
(Rela) di sini hari ini.
Beliau mengakui rasa letih sepanjang berkempen namun semua itu
ditolaknya ketepi bagi memastikan BN dapat mengekalkan kemenangan
kerusi Parlimen Sungaj Besar, 18 Jun ini.
Budiman menambah, dalam kempen itu, beliau membawa bersama gerak
kerja dasar dan polisi bertujuan mensejahterakan rakyat dari aspek
pendidikan dan ekonomi.
“Kesemua ini boleh dibuat jika kawasan Parlimen Sungai Besar ada hubungan baik dengan kerajaan BN,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment