Wednesday, June 08, 2016
Ada Tujuannya Tu.... DAP Bukan Bagi Free Aje !!!! "Apa Salahnya DAP Sokong Amanah" - Guan Eng
GEORGE TOWN : DAP menyokong Parti Amanah Negara (Amanah) pada pilihan
raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Parlimen Sungai
Besar, Selangor kerana ia rakan sekutu dalam Pakatan Harapan, kata
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
"Kita sokong parti Amanah sebagai rakan seperjuangan dalam Pakatan
Harapan. Apa salahnya kalau kita (DAP) sokong calon parti Amanah.
"Satu tuduhan melulu kalau nak sebut kita ada agenda tertentu," katanya pada sidang media di sini, Isnin.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mengulas kenyataan
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa DAP menyokong
calon Amanah dalam PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar
kerana parti itu mempunyai agenda seperti menghalang perjuangan Islam
yang dibawa PAS.
Abdul Hadi berkata, tindakan Amanah bertanding dalam kedua-dua pilihan
raya kecil itu hanya memecahkan undi yang sepatutnya diterima calon
pembangkang.
Guan Eng berkata, DAP dan Amanah mempunyai matlamat dan agenda yang sama iaitu menentang Barisan Nasional (BN).
PRK Parlimen Kuala Kangsar menyaksikan pertembungan empat penjuru antara
calon BN Datin Mastura Mohd Yazid; Ketua Dewan Muslimat PAS, Perak Dr
Najihatussalehah Ahmad; Naib Ketua Amanah kawasan Kuala Kangsar, Prof Dr
Ahmad Termizi Ramli dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary.
PRK Parlimen Sungai Besar pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru
antara calon BN iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai
Panjang, Budiman Mohd Zohdi; calon PAS diwakili Adun Meru, Dr Abdul Rani
Osman dan Pengerusi Amanah Sungai Besar, Azhar Abdul Shukur.
Kedua-dua PRK diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Wan
Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dan Tan Sri Noriah Kasnon dalam nahas
helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar diadakan serentak pada 18 Jun.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment