Wednesday, June 08, 2016
Siapa Tidak Kenal Mamat Ini.... Dia Ahli Parlimen PAS atau PAN?
Lain yang partinya buat, lain pula yang dia buat. Sedang partinya
bergelut cuba mempertahankan undi PAS dari dicuri Parti Amanah Negara
(PAN) di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, dia pula sibuk memperlekeh
dengan analogi ‘gusti’.
Dulu dia Ketua Penerangan PAS. Lepas muktamar yang menyaksikan ‘syaitan
dalam jemaah’ tersingkir dan PAS sedang membersihkan diri, dia tidak
lagi dilantik ke jawatan itu. Mungkin PAS sendiri serik dengan
‘kegilaan’nya.
Dia mungkin sedar PAS tidak mampu menang sama ada di Kuala Kangsar,
mahupun di Sungai Besar. Malah keadaan terkini undi-undi PAS sedang
diancam oleh PAN. Boleh dikatakan setiap kali ceramah, PAN akan merayu
supaya ahli dan penyokong PAS memberi undi kepada mereka.
Sedang PAS bergelut dan diancam, dia sibuk menceritakan tentang analogi
‘gusti’. Kononnya seperti PAS menjadikan PAN sebagai musuh pada dua PRK
kali ini. Disebut pula PAS dan BN bergabung untuk memusnahkan PAN, dua
lawan satu.
Padahal dalam pertikaian PAS dan PAN, parti Mat Sabu itu cuba mengambil
alih kuota kerusi yang tradisinya ditandingi PAS selama ini. Sepatutnya
dia mempertahan kuota PAS tersebut dari dirampas oleh PAN.
Sepatutnya selaku Ahli Parlimen PAS, dia perlu mengawasi undi-undi PAS
yang diraih sebelum ini. Dia perlu pastikan satu undi PAS pun tidak
dicuri oleh PAN. Malah dalam satu keadaan, dia perlu memancing undi PAN,
DAP atau PKR supaya diberikan kepada PAS.
Tapi dia tidak buat begitu. Dia sibuk dengan analogi gusti dua lawan
satu. Langsung tak nampak kelibat dia di PRK Kuala Kangsar mahupun
Sungai Besar. Dia Ahli Parlimen dari parti mana? Dia pemimpin DAP? PKR?
Atau dia sebenarnya ‘harum manis’?
Ramai akar umbi PAS di Kuala Kangsar melihat apa yang dia buat. Dia ada
masa untuk deklarasi Mahathir-Kit Siang, tapi dia langsung lari dari
medan perang di Kuala Kangsar, mahupun di Sungai Besar. Keadaan itu
mengingatkan mereka kepada ‘perang Khandaq’ dulu…
Kenapa dia marah bila PAS mengatakan satu undi untuk PAN adalah satu
undi untuk DAP? Tidak benarkah persamaan itu? Bukankah PAN mewakili
Pakatan ‘Tiada’ Harapan? Siapa yang ‘mengepung’ mengheret calon PAN ke
sana ke mari di Sungai Besar kalau bukan DAP?
Jauh di sudut hati, kita semua kasihan sedikit padanya. Mungkin di hatinya,
dia mahu sama riuh berkempen untuk PAN, namun dia tidak dapat berbuat
demikian kerana status ‘harum manis’ yang terpaksa berlakon sebaik
mungkin.
Walau bagaimanapun, kita boleh melihat bahawa kariernya dalam PAS tidak ke
mana selepas ini. Pada PRU ke-14 nanti, belum tentu dia akan tercalon
sebagai calon PAS lagi. Silap-silap, PAS akan sengaja paksa dia
bertanding di kubu buat BN. Tidak tahulah apa reaksinya jika dipaksa
begitu nanti, kan?
Saranan kita padanya, jika tidak mahu bantu PAS sekali pun, janganlah
meroyan menjejaskan imej PAS. Jika benar mahu bantu PAN, bukalah ‘baju
hijau’ itu dan tunjukkan warna sebenar kulit di badan yang berwarna
oren. Itu baru ‘gentleman’ namanya…
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment