Monday, June 06, 2016

#PRKKualaKangsar : Pastinya Mastura Lebih Baik Dari Mukhriz...

EDITOR MENULIS...
6 JUN 2016
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhG2lXcfgy_A4MQhBVE-K_FDUh7zfaV3PuZYudtKiyy8WSuqibfUpsSdEq649QtUOAX3MXCDZy5T0xrQSK3qenuzn4rOOtiOH2TFt7Obe0a4bynY_3ZFMJ7nbuhXUQA5cOfwS98o5R72vnt/s640/Mastura1.jpg
Barisan Nasional (BN) baru saja mengumumkan calonnya bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi P.067 Parlimen Kuala Kangsar yang dijadualkan berlangsung pada 18 Jun nanti. 

Calonnya ialah seorang wanita yang merupakan ibu tunggal yang baru kematian suami tersayang. 

Datin Mastura Mohd Yazid, balu kepada mantan Ahli Parlimen, Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad yang meninggal dunia dalam tragedi nahas helikopter ketika berkempen di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tempohari.

Wanita yang dipilih BN itu, ternyata mengejutkan ramai pihak. Yang terkejut itu bukannya mereka yang diluar parti, namun yang 'berbunyinya' ialah mereka yang mendakwa konon merekalah 'pejuang UMNO asli dan tulen'.

Reaksi dari kem Mahathir dikatakan paling 'bising' mempertikai pemilihan Mastura sebagai calon BN. Kononnya beliau seorang balu yang masih dalam edah dan tidak sesuai untuk dijadikan calon ekoran tidak boleh bebas berkempen seperti calon lain.

Kononnya, tanah kubur suaminya masih lagi merah, namun Mastura sudah 'gedik' untuk menjadi Ahli Parlimen? Itu saja alasan mereka untuk mempertikai pencalonan Datin Mastura? Tidak ada lagi alasan lain yang lebih kukuh?

Setiap kali pilihan raya berlaku, yang dipangkah dan dipilih adalah parti. Tidak pernah penulis melalui pengalaman tertera wajah calon di atas kertas undi. Saya ulang, yang dipilih adalah parti yang bertanding, bukan sekadar calon semata-mata.

PRK Kuala Kangsar kali ini bakal menyaksikan siapakah yang benar-benar tulen perjuangannya. Siapakah yang benar-benar sayang dan mahu BN menjadi kerajaan yang kukuh, dan siapa sebenarnya yang pendirian 'menjilat pemimpin'.

Saya melihat, Mastura merupakan seorang yang tiada sebarang kepentingan peribadi. Beliau seorang yang berkelayakan. Lulusan jurusan perundangan dari University of Lincoln di United Kingdom. 

Beliau seorang peguam dan pengalaman dalam memberi khidmat kepada masyarakat setempat, ekoran selalu bersama arwah suaminya sebelum ini dalam setiap aktiviti.

Masalah edah? Apakah wujud sebarang undang-undang yang menegaskan balu di dalam tempoh edah itu tidak boleh menjadi calon pilihan raya? Apakah wujud nas dalam Islam yang menegah seorang balu dalam tempoh edah itu untuk bertanding pilihan raya?

Yang digariskan dalam Islam ialah seorang balu yang baru kematian suami atau bercerai itu perlu melalui tempoh edah selama empat bulan sepuluh hari di mana beliau perlu menjaga kehormatan diri, berkurung dan berkabung di dalam rumah bagi mengelak dari sebarang fitnah.

Tidak ada pula nas atau undang-undang yang menegahnya untuk menjadi calon pilihan raya. Jadi, mengapa pula puak-puak Mahathir itu meroyan tidak tentu hala? Kemaruk sangat mahu ikuti temasya pilihan raya, suruh saja Mukhriz bertanding di Kuala Kangsar, berani?

Yang paling jelas, ternyata Mastura adalah lebih baik untuk rakyat di Parlimen Kuala Kangsar berbanding Mukhriz. Bukan orang Jerlun, tiba-tiba masuk di situ dan tunjuk besar kepala pada 'otai-otai' di sana? Silap besarlah...

Apakah 'pemakan-pemakan dedak' itu lupa bahawa DAP pernah mencalonkan M Manoharan bertanding di Dun Kota Alam Shah pada Pilihan Raya Umum 2008 dan menang di kerusi tersebut? Sedangkan Manoharan ketika itu merupakan banduan yang sedang menjalani hukuman penjara. 

Selepas lebih setahun selepas menang, barulah Manoharan dibebaskan.

Jika banduan pun boleh bertanding dan menang pilihan raya, inikan pula seorang peguam yang merupakan ibu tunggal di dalam tempoh edah di rumahnya. Di mana salahnya untuk dipilih sebagai calon? Dengki pada beliau?

Mungkin motif sebenar di sebalik pertikaian pencalonan Mastura itu adalah untuk 'menyerang' keputusan pimpinan parti yang dipimpin Dato' Seri Najib Tun Razak. Individu yang mahu diserang sebenarnya ialah Najib, bukan?

Itu tandanya puak-puak 'pemakan dedak' itu sudah kehabisan modal. Tiada yang salah, tapi mereka sengaja ada-adakan salahnya. Itu sikap sebenar 'pejuang tulen parti'? Elok keluar saja dari UMNO supaya parti keramat bangsa ini 'bersih' dari 'si kitul' seperti mereka.

Sekali imbas, perangai mereka salin tidak tumpah seperti Mat Sabu dan konco-konconya di dalam PAS dulu, bukan? Bila agaknya mereka mahu berambus dari terus merosakkan UMNO dari dalam? Masih bermuka tembok menempel dalam parti untuk apa lagi? Mahu jadi Presiden parti? Sila cermin kepala dulu...

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgL6gNw-FECpgBNYj5oxUzyMmBEYK_yeKaoZ4-9uM-1VsmA15QBR2_qDYB_fWpmzfrmVEuI41tdrmAlKrMtnrLLyvsnALut2F3R0GQ7jQvVRKwBMFQ8gzROAzgKEhHYMfVsvIn7OFFvUoY/s200/Acoy_Posterize.jpg
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment