1. Konco-konco Najib gemar menyatakan bahawa saya mahu menurunkan Najib sebagai Perdana Menteri kerana dia tidak mempromosikan anak saya, Mukhriz, untuk menjadi Perdana Menteri. Wartawan, dalam dan luar negara, juga bertanya soalan yang sama.
Pandangan saya : Bukan saja konco Najib, malah rakyat biasa yang memerhati gelagat Mahathir pun ramai yang dapat menghidu 'muslihat' gerakan politiknya. Mungkin kerana kelicikan Mahathir sebelum ini membuat ramai yang mudah 'membaca' strategi 'lapok' sebegini. Nafikanlah sejuta kali pun, rakyat sedar motif sebenar bekas 'diktator' ini.
2. Saya tahu walau apa pun penjelasan yang saya buat tidak akan menghentikan orang-orang Najib daripada mengulangi dakwaan ini untuk mengalihkan perhatian daripada salah laku Najib.
Pandangan saya : Tiada bukti benar dan sahih yang menunjukkan Najib mempunyai salah laku seperti yang didakwa Mahathir. 'Salah laku' Najib yang dicanang Mahathir itu sendiri menunjukkan salah laku Mahathir yang memetik dari sumber tidak benar, direka-reka, diubah suai untuk dijadikan 'bukti palsu'. Boleh rujuk dengan Xavier Justo di penjara Thailand untuk pemalsuan dokumen dari sumber yang dikatakan Mahathir sebagai 'benar' itu.
Kerana menyerang Najib bersandarkan bukti palsu itulah, maka ramai yang sedar 'muslihat sebenar' Mahathir dan mengesyaki agendanya mahu membuka laluan untuk Mukhriz menjadi Perdana Menteri setelah menyedari tentang anaknya yang tidak mendapat sokongan dari majoriti ahli UMNO di seluruh negara.
3. Jika saya mahu, sudah pasti saya boleh semasa saya menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO mempromosikan Mukhriz sebagai pemimpin UMNO. Tetapi saya tidak pun sesekali membenarkan anak-anak saya untuk bertanding untuk jawatan dalam UMNO atau untuk menjadi calon dalam pilihan raya.
Pandangan saya : Benar Mahathir secara langsung menghalang anaknya terlibat politik ketika dia menjadi Perdana Menteri. Tapi, seluruh rakyat maklum bagaimana anak-anak Mahathir begitu aktif membina empayar perniagaan ketika itu sehingga ada yang diiktiraf antara terkaya di negara ini. Mukhriz pula terkenal dengan Opcom.
Ketika itu, khabarnya ramai ahli perniagaan Melayu yang mengeluh di belakang dan mendakwa tentang penggunaan alamat kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana sebagai alaman surat menyurat. Bila guna alamat Seri Perdana, ada sesiapa yang berani kata 'NO'?
Apakah itu merupakan gerakan awal untuk membina empayar kekayaan bagi digunakan untuk membiayai 'dinasti politik keluarga'? Tidakkah di situ wujudnya 'conflict of interest'?
4. Mukhriz juga tidak dapat menjadi ahli UMNO kerana bahagian Kubang Pasu yang saya mengepalai enggan menerima beliau. Adalah hanya selepas Ibu Pejabat UMNO mengarahkan bahagian baharulah beliau diterima sebagai ahli, iaitu sebelum saja saya bersara.
5. Beliau bertanding untuk kerusi Parlimen pada 2008 dan menang. Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri.
Pandangan saya : Itu buktinya Najib menghargai Mukhriz. Khairy Jamaluddin yang menang kerusi Parlimen Rembau pada 2008 dan menang jawatan Ketua Pemuda UMNO pun tidak diberi penghargaan menjawat jawatan di dalam kabinet.
Itupun Mahathir masih menganggap Najib sebagai musuh? Pada saya, apa yang Mahathir lakukan sekarang membuktikan dia dan anaknya memang jenis tidak mengenang budi, bagaikan 'anjing yang tersepit menggigit lelaki yang melepaskannya'.
Pandangan saya : Benar Kedah ketika itu dibawah penguasaan PAS. Apa jasa Mukhriz untuk merampas kembali Kedah dari PAS? 4 bulan sebelum PRU 2013, baru Mukhriz terhegeh-hegeh tunjuk muka di Pedu? Padahal, Dato' Seri Ahmad Bashahlah yang berjaya menyatukan semua pemimpin UMNO di Kedah ketika itu. Hakikatnya, Mukhriz balik ambil nama dan hasil yang diusahakan orang lain. Tak tahu malukah?
7. Dalam Pilihan Raya 2013 Mukhriz memilih untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri. Orang Kedah percaya bahawa jika beliau dilantik sebagai Menteri Besar, BN akan mengalahkan PAS dan menawan semula Kedah. Najib nampaknya bersetuju. BN mendapat semula Kedah dalam Pilihan Raya 2013. Mukhriz telah dilantik sebagai Menteri Besar.
Pandangan saya: Mahathir lupa? Mukhriz tidak memilih, tapi dia dipilih atas kehendak Mahathir sendiri bukan? Siapa yang jumpa Najib sebelum PRU 2013, mahu anaknya bertanding di Dun Kedah dan dilantik sebagai Menteri Besar sekiranya dia menang?
Siapa 'orang Kedah' yang Mahathir maksudkan itu? Dirinya sendiri? BN akan mengalahkan PAS jika Mukhriz jadi Menteri Besar? Itu persepsi Mahathir. Jika benar nama Mukhriz hebat, sepatutnya BN menang di Kedah dengan majoriti 2/3, bukan majoriti mudah!
Bagaimana jika saya berpandangan bahawa Mukhriz Mahathir penyebab utama BN gagal mendapat kemenangan majoriti 2/3 di Kedah? Di saat akhir, pengundi Cina 'swing' kerana nama Mukhriz yang terpalit nama Mahathir yang merupakan penaung PERKASA yang sangat dibenci oleh masyarakat Tiong Hua itu? Mahathir sedarkah sentimen rakyat Kedah padanya, terutama pengundi Cina di beberapa Dun di Kedah?
Apa salahnya jika dimasukkan ke akaun peribadi Najib? Ikut suka bilionaire Kerabat DiRaja Arab Saudi untuk menderma ke akaun mana yang mereka sukalah, selagi tidak menyalahi peraturan Bank Negara dan undang-undang. Bila Bank Negara benarkan, maka jelaslah ia tidak menyalahi undang-undang negara. Kenapa? Mahathir dan Mukhriz cemburu bila Najib terima sumbangan lumayan begitu? Itu rezeki masing-masinglah. Allah yang tentukan, bukan?
9. Kerana gagal mendapatkan Mukhriz untuk memberi sokongan padu, Najib mengatur penyingkiran beliau sebagai Menteri Besar Kedah.
Pandangan saya : Itu persepsi Mahathir sahaja. Hakikatnya, Mukhriz gagal menjadi Menteri Besar kerana tidak berjaya memain peranan sebagai 'parti yang memerintah kerajaan negeri'. Hakikatnya, corak pemerintahan Mukhriz lebih mirip kepada unilateral atau berpusat kepada individu.
Pada pandangan saya, Mukhriz tidak memerintah secara konsensus bersama parti yang menang pilihan raya. Dia memerintah secara individu, sesuka hati dan tidak mempedulikan pimpinan dan hala tuju yang digariskan parti.
Mungkin Mukhriz tidak beritahu Mahathir bahawa kebajikan yang dinikmati di Kedah semasa dia menjadi Menteri Besar adalah dari Kerajaan Pusat. Sebagai contoh, projek-projek perumahan yang dilaksanakan, boleh dikatakan hampir semua datangnya dari Kerajaan Persekutuan. Mukhriz hanya 'ambil nama' saja. Kenapa Mahathir tidak 'tibai' Mukhriz?
10. Saya sendiri boleh dengan mudah membantu Mukhriz dengan mengabaikan salah laku Najib dan terus menyokong beliau. Tetapi saya tidak berbuat demikian kerana saya tidak mementingkan masa depan Mukhriz. Saya lebih mementing menggagalkan Najib daripada memusnahkan negara ini.
Pandangan Saya : Apa yang dikatakan Mahathir itu saling tidak tumpah maksudnya seperti apa yang pernah diungkap Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika dipecat dulu. Mahathir 'tiru' Anwar? 'Tiru' tindakan 'anak emas'nya sendiri?
11. Untuk mencapai matlamat ini, rakyat Malaysia menandatangani deklarasi untuk penyingkiran Najib sebagai Perdana Menteri.
Pandangan saya : Tidak manis bila orang tua berbohong, hanya menambah dosa di usia senja saja. Mahathir sendiri mengaku deklarasinya dengan Lim Kit Siang itu, tidak akan memberi sebarang kesan untuk menjatuhkan Najib dari jawatan Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment