Monday, June 06, 2016

Peranan Menjaga Kepentingan Veteran Tentera Jadi Keutamaan – Hisham

http://newsdata2.bernama.com/bernama/newspic/am/FW473863_PK19_050616_HISHAMUDDIN.JPG
KUALA KANGSAR : Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata peranan tiga pihak berkepentingan iaitu kementerian, Angkatan Tentera Malaysia dan industri pertahanan akan diteruskan bagi menjaga kepentingan veteran tentera di negara ini.

Tambahnya, ketika ini ia sudah berada pada landasan yang betul untuk memastikan pembelaan berterusan kepada mereka.

“Ia termaktub dalam agenda kita. Saya harap apa yang berkaitan veteran kita boleh lihat semula,” ujarnya pada Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) Peringkat Negeri Perak hari ini.

Tambahnya, kerajaan sentiasa mengingati dan menghargai khidmat cemerlang veteran dan ia akan diteruskan kerana jasa mereka amat besar kepada negara.

“Kebajikan anggota ATM sentiasa menjadi fokus dan banyak inisiatif yang kerajaan usahakan bagi meringankan beban veteran di seluruh negara,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment