Monday, June 06, 2016
Mahathir Dimalukan Oleh Fahmi Reza di Majlis Pelancaran Buku
Mahathir yang digelar Mahazalim serta diktator oleh pembangkang semasa
berkuasa dahulu, telah dimalukan oleh seorang penyokong Pakatan di
sebuah majlis.
Mahathir dimalukan oleh Fahmi Reza, yang merupakan penyokong kuat
Pakatan serta kartunis yang kerapkali menghina serta menghasut rakyat
membenci kerajaan.
Dalam satu majlis pelancaran buku beliau, Mahathir yang sebelum ini
beranggapan kumpulan pembangkang menyokongnya, dimalukan dengan teruk
apabila dituduh diktator oleh Fahmi Reza secara berdepan.
Fahmi yang naik ke pentas untuk menghadiahkan sebuah buku warna kepada
Mahathir, menunjukkan halaman yang tertera lukisan bekas Perdana Menteri
itu dalam keadaan menaikkan ibu jari tengah.
Mahathir kelihatan tersenyum sumbing apabila melihat gambar berkenaan yang diletakkan tulisan Diktator padanya.
Sebelum ini, Mahathir lantang mengutuk DS Najib kerana mahu melihat
Perdana Menteri itu digulingkan. Mahathir terpaksa berkerjasama dengan
kumpulan pembangkang untuk merealisasikan impiannya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment