Wednesday, June 08, 2016

Ada Beranikah?? Dr. Mahathir Dicabar Ulangi Tuduhan Semasa Kempen

Tun Dr. Mahathir Mohamad dicabar untuk mengulangi tuduhan tidak berasasnya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata, bekas Perdana Menteri itu kini terpaksa mengitar semula dakwaan yang cuba mengaitkan Najib dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menurut beliau, Dr. Maha­thir terpaksa berbuat demikian bagi mengelak daripada menjawab tentang isu 1.2 juta tandatangan palsu dalam deklarasi bagi menjatuhkan Perdana Menteri.

“Sekiranya Dr. Ma­hathir enggan mengulangi tuduhan tersebut semasa berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar, beliau perlu meminta maaf,” katanya dalam ke­­­nyataan melalui laman blog beliau (http://sskeruak.blogspot.my) hari ini.

Dr. Mahathir ma­sih menggunakan isu sama untuk menyerang Perdana Men­teri walaupun Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Wall Street Journal (WSJ) mengesahkan tiada penyelewengan atau salah laku dalam 1MDB.

Sementara itu, Salleh berpandangan, isu pembentangan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Pindaan) 2016 di Dewan Rakyat menyebabkan PAN berada dalam keadaan ‘terkepit’.

Beliau memberitahu, PAN tidak boleh mengisytiharkan secara terbuka sama ada parti tersebut menyokong atau membantah rang undang-undang ahli persendirian yang dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

“PAN cuba mengelak daripada membangkitkan isu rang undang-undang berkenaan semasa berkempen di Sungai Besar dan Kuala Kangsar,” jelasnya.

Salleh berkata, PAN tidak boleh menyatakan pendirian sebenarnya dalam isu tersebut kerana parti itu memerlukan undi kaum Cina dan orang Melayu.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment