Monday, June 06, 2016
Pemilihan Datin Mastura Kesinambungan Perjuangan & Khidmat Bakti Allahyarham Wan Khair-il
KUALA KANGSAR : Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar pada
18 Jun ini adalah untuk meneruskan perkhidmatan yang dibuat oleh
Allahyarham Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan pemilihan
Datin Mastura Mohd Yazid sebagai calon yang akan mewakili BN pada PRK
ini sebagai kesinambungan perjuangan dan perkhidmatan Allahyarham dengan
baik.
“Datin Mastura sebagai isteri Allahyarham, telah sekian lama bersama
Allahyarham dalam program-program sebelum ini ketika Allahyarham sebagai
ADUN Bukit Chandan dan ketika sebagai Ahli Parlimen Kuala Kangsar.
“Maka jika ada yang mengatakan Datin Mastura baru dalam politik, itu
tidak benar sama sekali kerana beliau aktif membantu Allahyarham ketika
balik kawasan mahupun ketika allahyarham di luar kawasan.
“Saya yakin pengundi Kuala Kangsar akan membuat pilihan yang tepat,
kerana kita ingin meneruskan pembangunan dan pembangunan itu boleh
dibuat oleh kerajaan negeri Barisan Nasional, kerajaan pusat BN dan
calon BN itu sendiri,” ujarnya kepada media.
Tambahnya, pembangunan itu tidak boleh diteruskan oleh mana-mana calon yang tidak ada apa-apa sokongan di belakangnya.
“Saya berharap pengundi akan berfikir panjang dalam soal mengundi
calon ini, semoga mereka dapat mengundi Datin Mastura, calon BN.
“Saya juga berharap agar pemain media sosial agar tidak berkempen
dengan cara menabur fitnah ataupun maki hamun, tidak kira bulan Ramadhan
atau tidak, fitnah tetap berdosa dan kita sama-sama elakkan,” tambahnya
lagi.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar Perak menyaksikan pertembungan
empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), PAS, Parti Amanah
Negara (PAN) dan BEBAS.
Pengundian awal bagi PRK Kuala Kangsar adalah pada 14 Jun dan hari pembuangan undi pada 18 Jun.
PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian penyandangnya
Allahyarham Datuk Wan Khair-il Wan Ahmad dalam insiden nahas helikopter 5
Mei lalu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment