Monday, June 06, 2016
PAS Tampil “Ala” Pahlawan Melayu Sebagai Simbol Perpaduan Bersama UMNO?
EDITOR MENULIS...
6 JUN 2016
Aadakah Parti Islam
Se-Malaysia (PAS) mula sedar bahawa Melayu dan Islam itu merupakan dua
perkara yang cukup sinonim? Hari ini Muktamar Pemuda PAS di Kelantan
telah menampilkan kelainan apabila Nik Abduh Nik Mat yang merupakan Ahli
Majlis Syura Ulamak PAS dan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
berpakaian seperti pahlawan Melayu.
Sebelum ini Nik Abduh Nik Mat selalu
kelihatan berkopiah, namun kini beliau dilihat berani tampil dengan
bertanjak dan menyelit keris di pinggang.
Ini merupakan muktamar pertama PAS
selepas meninggalkan gabungan dengan PKR dan DAP dan membentuk blok baru
dengan parti kecil Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).
Sepanjang gabungan PAS bersama DAP dan
PKR, mereka telah dijadikan kuda tunggangan dalam beberapa siri
demonstrasi jalanan. Malahan PAS terpaksa tunduk kepada kehendak DAP
yang enggan mengiktiraf kemuliaan agama Islam.
Kini kita faham bahawa PAS terpaksa
memendam rasa terkilan apabila beberapa isu seperti penjualan arak di
kawasan majoriti orang Melayu dan penggunaan kalimah Allah oleh orang
bukan Islam menjadi agenda perjuangan pakatan rakyat sebelum ini.
Perkara tersebut terpaksa dilalui oleh
PAS atas kehendak mereka sendiri demi kepentingan politik peribadi
semata-mata. Adakah kini mereka sedar bahawa pakatan mereka bersama DAP
dan PKR akhirnya merugikan mereka secara kolektif. Malahan kepentingan
peribadi mereka turut tergadai tanpa balasan yang setimpal.
Baru-baru ini isu Rang Undang-Undang
(RUU) Persendirian mengenai RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah)(Pindaan) 2016 telah disalah terjemah oleh DAP, MCA, MIC dan
GERAKAN. UMNO bersama PAS dilihat sedaya upaya mempertahankan perkara
ini demi kepentingan umat Islam dan orang Melayu.
Mereka yang menentang atau mengkritik
pembentangan RUU Persendirian mengenai RUU Mahkamah Syariah ini dilihat
sebagai tidak memahami tujuan usul itu dibentangkan.
Ia dibentangkan
untuk memartabatkan Mahkamah Syariah dan hanya melibatkan umat Islam.
Cadangan pindaan akta berkenaan perlu
mendapat kerjasama daripada kerajaan persekutuan kerana kerajaan sendiri
memang berhasrat untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah.
Persoalannya
mengapa orang bukan Islam cuba campurtangan pula dalam urusan agama
Islam? Apakah hak mereka? Adakah mereka sudah tidak menghormati
Perlembagaan Malaysia yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara?
Nampaknya pemimpin bukan Islam ini perlu mengkaji semula pengetahuan
mereka berkenaan perkara ini.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment