Wednesday, June 08, 2016
Bantuan Khas RM500 Untuk Penjawat Awam Sempena Aidilfitri
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
hari ini mengumumkan pemberian Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada 1.6
juta penjawat awam sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.
Dalam kenyataan di sini, beliau berkata bantuan khas RM250 akan
turut dinikmati 743,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa
perkhidmatan mereka.
“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 13 Jun ini,”
katanya sambil menambah ia melibatkan anggaran peruntukan kewangan RM1
bilion.
“Kerajaan berharap pemberian bantuan khas ini dapat meringankan
beban kewangan penjawat awam dan pesara bagi persiapan Hari Raya
Aidilfitri 2016,” kata perdana menteri.
Najib menarik perhatian bahawa penjawat awam akan menikmati satu
kenaikan gaji tahunan (KGT) pada Julai ini yang melibatkan anggaran
implikasi kewangan RM1.1 bilion.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment