Monday, June 06, 2016

Ketua Pemuda Tolak Tawaran Jadi Pegawai Menteri Besar?

http://terengganutimes.com/wp-content/uploads/2015/12/Ahmad-Fikry-Ibrahim-pemuda-kemaman.jpg
Ketua Pemuda Kemaman, Ahmad Fikry Ibrahim dilaporkan telah menolak tawaran Menteri Besar Terengganu, YAB Ahmad Razif untuk membantu beliau mengukuhkan kembali UMNO Kemaman yang agak tidak stabil berikutan tindak tanduk datuk Seri Ahmad said sejak kebelakangan ini. 

Menurut sumber, kira-kira dua minggu lepas Ahmad Razif telah mengadakan pertemuan dengan Ahmad Fikry bagi membincangkan situasi politik terkini di DUN Chukai khususnya dan Bahagian Kemaman amnya.

Setelah mengambil kira semua faktor dan keadaan politik semasa, difahamkan dalam pertemuan itu YAB Ahmad Razif telah menawarkan jawatan sebagai Pegawai Khas Menteri Besar kepada Ahmad Fikry. Ini untuk membolehkan Ahmad Fikry menjalankan tugas yang lebih besar untuk memastikan kemenangan UMNO di semua DUN Bahagian Kemaman sesuai dengan jawatan beliau sebagai Ketua Pemuda.

Ini juga merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan yang besar pada pergerakan Pemuda. Sumber juga memaklumkan Ahmad Fikry telah menerima tawaran tersebut semasa berjumpa Menteri Besar.

Namun baru-baru ini Beliau telah menolak tawaran tersebut dipercayai didesak oleh pengikut-pengikut setia bekas Menteri Besar, Dato Sri Ahmad Said yang bimbang tidak lagi akan mendapat projek-projek di bawah kuasa PPD.

Sumber dalam politik Terengganu juga memaklumkan bahawa Pemuda UMNO bahagian Kemaman telah mengadakan mesyuarat berhubung perkara itu dan kononnya sebulat suara mempertahankan Ahmad Fikry agar terus berkhidmat sebagai Pegawai Pendidikan Daerah Chukai.

“Namun apa yang difahamkan semua keputusan itu dibuat oleh kroni-kroni Ahmad Said yang mempunyai kepentingan projek-projek.

Tidak hairanlah Ahmad Fikry dengan angkuh menolak tawaran menjadi Pegawai Khas MB sekaligus membuktikan dirinya masih menjadi pengikut setia Ahmad Said.

Sepatutnya Ahmad Fikry menerima jawatan baharunya itu dan menjalankan tugas yang diamanahkan itu dengan baik demi kepentingan UMNO dan pergerakan pemuda. Tetapi keadaan sebaliknya yang berlaku. Ini membuktikan dirinya alat kepada Ahmad Said seperti didakwa banyak pihak,” kata sumber terbabit kepada pihak media.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment